CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Virus serang Predator, Reaper

[Copy link]
Post time 10-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Sistem  pesawat kawalan jauh AS  hadapi  masalah, gagal usir penceroboh\rWASHINGTON: Virus komputer menyerang pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat, Predator dan Reaper yang digunakan tentera negara itu untuk menyasarkan militan dengan mengganggu sistem juruterbang ketika di berada udara, lapor majalah komputer, Wired. \r\n\n\n\n\r  Virus itu kali pertama dikesan dua minggu lalu oleh Sistem Keselamatan Berdasarkan Hos tentera tetapi belum lagi menyebabkan mana-mana misi penerbangan yang dikawal dari Pangkalan Tentera Udara Creech, Nevada. daripada melakukan misi di Afghanistan dan kawasan zon perang lain.\r\r\n\n\n\n\n  Tiada maklumat sulit dipercayai hilang atau dihantar ke luar daripada rangkaian sistem komputer tetapi virus itu didapati berdaya tahan terhadap beberapa cubaan membuangnya. \r“Kami sentiasa membuangnya, tetapi ia tetap muncul semula. Kami fikir ia tidak berbahaya. Tetapi, kami masih belum boleh yakin sepenuhnya,” kata sumber yang arif dengan gangguan komputer kepada majalah berkenaan.\rPakar rangkaian keselamatan tentera Amerika berkata, masih belum jelas sama ada virus itu dihantar secara sengaja dan bagaimana ia disebarkan tetapi mereka yakin ia menjangkiti mesin operasi sulit dan tidak sulit pangkalan udara Creech.\rOleh sebab itu, data rahsia mungkin sudah bocor dan jatuh ke tangan pihak luar yang bukan anggota tentera.\r\n\n\n\n\rTentera Amerika tidak menyembunyikan pesawat kawalan jauhnya apabila melancarkan operasi di Libya atau di medan perang Afghanistan, berbeza dengan misi rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) bertujuan membunuh militan al Qaeda di Pakistan, Yaman dan di tempat lain. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.031944 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list