CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Saham Asia cecah paras terendah

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bimbang krisis di Greece,  Eropah   merebak\rPASARAN saham Asia terus susut semalam selepas Wall Street merosot ke paras paling rendah berikutan kebimbangan yang semakin memuncak bahawa krisis di Greece dan rantau Eropah akan merebak ke negara lain.\r\n\n\n\n\r  Tokyo merosot 1.05 peratus atau 89.36 mata kepada 8,456.12 manakala Seoul menjunam 3.59 peratus atau 63.46 peratus kepada 1,706.19.\r\r\n\n\n\n\n  Sydney ditutup 0.64 peratus atau 24.9 mata lebih rendah kepada 3,872.1 manakala Hong Kong berkurangan 3.40 peratus atau 571.88 mata kepada 16,250.27, yang terendah sejak April 2009. \rPasaran saham Shanghai tidak diniagakan semalam kerana ditutup untuk cuti umum.\rSemua kerugian itu diikuti oleh kejatuhan Wall Street yang menyaksikan Dow JOnes menyusut 2.36 peratus pada Isnin untuk ditutup pada paras terendah sejak September tahun lalu. \rS&P jatuh 2.85 peratus manakala Nasdaq kehilangan 3.29 peratus.\r\n\n\n\n\rPasaran saham Eropah turut menyumbang kepada senario itu apabila merosot teruk kelmarin. Indeks FTSE 100 menyusut 1.40 peratus, DAX 30 dari Frankfurt berkurangan 1.72 peratus manakala di Paris, CAC 40 kehilangan 1.49 peratus.\rMenteri-menteri kewangan zon Euro pada Isnin lalu berkata, mereka sekali lagi menangguhkan pemberian 8 bilion euro kepada kerajaan Greece dengan alasan bahawa mereka memerlukan wang tunai itu untuk urusan yang lebih mustahak.\rAthens mengakui bahawa mereka tidak berupaya mencapai sasaran defisit, sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada mereka berjaya menerima bantuan lapan bilion euro itu atau tidak.\rPengerusi Eurogroup, Jean-Claude Juncker pada Isnin lalu berkata anggota-anggota zon euro telah meminta kerajaan Greece melaksanakan beberapa langkah   penjimatan pada  2013 dan 2014.\rIa kemudian akan diteruskan dengan keputusan akhir pada bulan ini kerana kerajaan Greece suah memaklumkan bahawa mereka tidak memerlukan pinjaman sehingga bulan depan.\r“Senario di Greece kekal menjadi faktor utama dalam pergerakan saham dengan peserta terus menjadi pemerhati terhadap masa depan negara itu yang berada di ambang kejatuhan,” kata Chris Gore, Ahli Strategi Kewangan GoMarkets di Melbourne, Australia kepada Dow Jones Newswires.\rDi pasaran matawang, euro tenggelam berbanding dolar.\rIa dibeli pada harga AS$1.3158 berbanding AS$1.3178, terendah sejak Januari dan sedikit menaik kepada 100.98 yen daripada paras terendah dalam masa 10 tahun, 100.96 yen di New York.\rIa turut mengalami sedikit kenaikan kepada 1.2140 franc berbanding 1.2137 sebelum ini.\rDolar dibeli pada paras 76.66 yen berbanding 76.59 yen.\rMenteri Kewangan Jepun, Jun Azumi semalam menggesa tindakan pantas dilakukan untuk menyelamatkan Greece bagi memulihkan keyakinan pasaran dan membantu menangani masalah kenaikan yen berbanding euro yang telah menjejaskan sektor eksport negara itu.\r“Kita berhadapan dengan masalah kenaikan yen yang terlalu tinggi dan kejatuhan euro,” kata Azumi kepada pemberita.\rUnsur kebimbangan itu bagaimanapun tidak boleh dihapuskan kecuali (negara Eropah) menunjukkan dengan nyata bahawa mereka melaksanakan pelbagai langkah untuk membantu kerajaan Greece.\rAntara yang turut mendapat perhatian ialah kedudukan Bank Dexia di Belgium yang kini berhadapan dengan risiko untuk menjadi bank utama Eropah yang pertama menerima tempias hutang kerajaan selepas menerima diselamatkan daripada krisis kewangan 2008.\rSaham bank itu menjunam 37 peratus pada sesi dagangan awal semalam selepas jatuh 10 peratus pada Isnin lalu.\rPerancis dan Belgium pula telah mengumumkan bahawa mereka akan campur tangan jika perlu untuk menyelamatkan bank itu tetapi ia menimbulkan kebimbangan mengenai kesan domino terhadap keseluruhan sistem perbankan Eropah yang boleh menyebabkan krisis ekonomi global sekali lagi.\rPasaran minyak turut mengalami kejatuhan dengan kontrak utama New York untuk penghantaran November merosot AS$1.43 kepada AS$76.18 setong pada waktu tengahari. Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran November menyusut AS$1.01 kepada AS$100.60. Harga emas berada pada paras AS$1,666.25 seaun.\rDi pasaran lain: Taipei meningkat 0.48 peratus atau 33.90 mata kepada 7,047.87.\rTaiwan Semiconductor Manufacturing Co berada 0.73 peratus lebih tinggi kepada Tw$69.10 manakala peneraju pembuat telefon pintar HTC menokok 1.36 peratus kepada Tw$672.0. Manila jatuh 0.93 peratus atau 35.91 mata kepada 3,829.92\rSM Prime Holdings berkurangan 2.38 peratus atau 11.50 peso manakala Lepanto Consolidated Mining ditutup 1.72 peratus lebih tinggi kepada 1.18 peso.\rWellington ditutup sedikit tinggi pada 0.14 peratus atau 4.65 mata kepada 3,320.39.\rFisher and Paykel Healthcare melonjak 4.0 peratus kepada NZ$2.60 tetapi Sky City merosot 2.1 peratus kepada NZ$3.26.  – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.244777 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list