|
LONDON: Arsenal dan Tottenham mengeluarkan kenyataan bersama menyuarakan kekecewaan dan rasa jijik terhadap laungan berbaur perkauman oleh peminat ketika perlawanan tetangga di utara London, Ahad lalu.\rTottenham menewaskan Arsenal 2-1, tetapi perlawanan itu dicemari ejekan terhadap penyerang Spurs, Emmanuel Adebayor (bekas pemain Gunners) dan kedua-dua pengurus, Arsene Wenger dan Harry Redknapp.\r\n\n\n\n\r Dua kelab itu mengutuk tindakan segelintir peminat dan berkata: “Kami sangat kecewa mendengar laungan dari peminat pada perlawanan kelmarin (Ahad). Tidak ada kelab yang dapat menerima bahasa kasar, laungan berbaur perkauman, atau sebarang bentuk tindakan anti-sosial dari penyokongnya. Kami akan bekerjasama untuk mengenalpasti individu terbabit.” - Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|