|
Barcelona dibelenggu kecederaan berada di puncak tewaskan pasukan tercorot\rMADRID: Juara bertahan, Barcelona melonjak ke tangga teratas La Liga kelmarin hasil kemenangan 1-0 ke atas pasukan tangga terbawah, Sporting Gijon manakala Gonzalo Higuain meledakkan hatrik dalam kemenangan 4-0 Real Madrid di Espanyol.\r\n\n\n\n\r Barcelona yang dibelenggu masalah kecederaan mara ke persada liga dengan 14 mata apabila Adriano memberikan mereka kemenangan pertama di tempat lawan musim ini.\r\r\n\n\n\n\n Levante yang terikat dengan jumlah mata sama, hanya di belakang Barca berdasarkan perbezaan gol selepas turut menang 1-0 ketika menentang Real Betis, manakala Real berada satu mata di belakang di tangga ketiga, di depan Malaga dan Valencia yang juga mengumpul 13 mata.\rSelepas seri menentang Real Sociedad dan Valencia, Barcelona mengharungi perlawanan di Sporting dengan senarai panjang pemain yang cedera.\rCesc Fabregas dan Andres Iniesta adalah antara pemain tengah yang sedang dalam proses pemulihan, begitu juga Carlos Puyol dan Gerard Pique yang tidak mengisi posisi pertahanan dalam kesebelasan utama.\rAdriano meraih gol tunggal pada minit ke-11, merembat bola muntah selepas cubaan Xavi Hernandez terkena palang gol.\r\n\n\n\n\rEric Abidal dikeluar selepas rehat kerana cedera, sekali gus menambah kebimbangan benteng pertahanan Barca, tetapi mereka langsung tampak sukar dibolosi.\r“Kami menentang pasukan Sporting yang kuat, yang lebih banyak bertahan dan bersatu dengan baik. Tiada ruang kerana semuanya ditutup,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|