CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Piala Dunia Ragbi 2011: 'Perlawanan sebenar bermula'

[Copy link]
Post time 4-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kapten Afrika Selatan bersiap sedia gempur  Australia pada suku akhir\rWELLINGTON: Afrika Selatan bersiap sedia untuk perlawanan “sebenar” Piala Dunia apabila bertemu musuh tradisi Australia pada suku akhir, Ahad ini.\r\n\n\n\n\r    “Satu perkara yang pasti, Piala Dunia yang sebenar bermula minggu ini,” kata kapten dan hooker, John Smit, yang menerajui Springboks mencatat empat kemenangan daripada empat perlawanan kumpulan.\r\r\n\n\n\n\n    “Ia pastinya kejohanan yang dibahagikan kepada dua peringkat dan ini adalah peringkat yang mana semua perlawanan adalah perjuangan ‘hidup atau mati’ dan peringkat yang berbeza sepenuhnya.”\rMenjangkakan akan terdapat suasana “keghairahan berbeza” di sekitar kem, Smit menambah mana-mana pasukan yang mencatat keputusan baik dalam perlawanan peringkat kumpulan, berhak memperoleh tempat pada saingan kalah mati.\r“Jika anda mara sejauh ini, anda sudah berjaya mencatat kejayaan pada peringkat kumpulan dan peringkat kumpulan itu terutama buat kami, tidak ternilai kerana kami hadir ke kejohanan ini dalam keadaan amat tidak bersedia,” katanya.\r“Melihatkan kepada perlawanan, bagaimana kombinasi pasukan serta pemain boleh mencatat prestasi baik sebenarnya tidak ternilai.”\r\n\n\n\n\rSmit menambah: “Semua berada pada tahap sama, maka keputusan sebelum ini tidak lagi bersesuaian kerana semua berada di kelompok saingan yang sama, namun pengalaman  empat minggu sebelum ini amat berguna untuk lapan pasukan yang mara ke suku akhir.” – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.044443 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list