|
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu kerajaan negeri termasuk negeri dikuasai pakatan pembangkang bekerjasama dengan persatuan bola sepak negeri masing-masing membangunkan sukan berkenaan.\rPesanan itu dinyatakan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang tidak mahu ada persatuan bola sepak negeri dipinggirkan kerana perbezaan politik antara pemimpin kerajaan negeri dan persatuan.\r\n\n\n\n\r “Jangan jadikan bola sepak negeri sebagai mangsa politik,” kata Tengku Abdullah pada Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Karnival Bolasepak 1 Malaysia 2011 Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM), di Georgetown, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n Hadir sama, Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.\rTengku Abdullah berkata, kerajaan negeri sewajarnya berusaha memartabatkan sukan bola sepak dengan mengenepikan perbezaan politik.\r“Dengan adanya pembabitan kerajaan negeri secara terus, segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan tanpa menuding jari antara satu sama lain. Malah, FAM sendiri turut bersedia untuk menghulurkan bantuan,” kata beliau.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|