|
Sasar enam pingat emas acara trek temasya Sukan SEA November ini\rBIARPUN kali pertama beraksi dalam temasya Sukan SEA, Fatehah Mustapa bakal menjadi ‘senjata’ skuad lumba basikal negara memenuhi sasaran enam pingat emas acara trek pada temasya dwi tahunan di Indonesia pada November ini.\r\n\n\n\n\r Dengan merangkul dua gangsa pada Kejohanan Lumba Basikal Asia di Korat Februari lalu dan muncul pelumba wanita negara pertama mara ke final Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Apeldoorn pada Mac lalu, pelumba berusia 22 tahun itu akan menyertai acara pecut individu dan berpasukan serta 500 meter ujian masa individu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya mungkin akan turut serta dalam acara scratch bergantung kepada jadual perlumbaan nanti. Keyakinan untuk memenangi pingat emas memang ada tetapi lebih terarah kepada acara ujian masa 500 meter, manakala acara pecut individu dan pecut berpasukan kena tengok kepada taktik, kalau menjadi mungkin mampu meraih pingat,” kata Olahragawati Terengganu 2009/2010 itu.\rBakal bergandingan dengan Ju Pha Som Net dalam acara pecut berpasukan, Fatehah berkata kehebatan pelumba Thailand dan tuan rumah, Indonesia tidak boleh dipandang rendah kerana biarpun mereka juga mempunyai barisan pelumba yang bagus terutama dalam acara pecut.\rSementara itu, impian Ju Pha berguru dengan ketua jurulatih kebangsaan John Beasley tercapai apabila pelumba berusia 18 tahun dari Perlis itu terpilih menjalani latihan bersama atlit berbasikal elit negara lain di Melbourne, Australia.\r“Saya akan menggunakan peluang ini sebaik-baiknya. Saya gembira dapat berlatih bawah Beasley dan juga pelumba kebangsaan lain,” katanya.\r\n\n\n\n\rTiga pelumba lain bawah program Road To London - Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Muhammad Edrus Md Yunos juga menjadi sandaran emas negara.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|