|
Safiq, Ashari, Aidil, Amirulhadi perlu tingkat prestasi untuk sarung jersi negara\rPENYISIHAN beberapa tonggak skuad Harimau Malaya termasuk kapten berpengaruh, Safiq Rahim untuk menghadapi siri persahabatan antarabangsa menentang Australia, Jumaat ini harus dipandang secara positif oleh pemain terbabit.\r\n\n\n\n\r Keputusan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal tidak menyenaraikan pemain seperti Ashari Samsudin, Aidil Zafuan dan Amirulhadi Zainal di mungkin memberi gambaran jelas untuk mereka terus meningkatkan kemampuan masing-masing.\r\r\n\n\n\n\n Walaupun tidak menyenaraikan beberapa tonggak utama untuk perlawanan menentang Australia, namun jurulatih berpengalaman itu tidak akan melupakan khidmat serta sumbangan besar pemain berkenaan.\r“Inilah masa saya mencuba kerana kita ada tempoh panjang tapi kita tidak akan melupakan pemain lain seperti Ashari, Aidil, Safiq, Amirul dan mereka perlu tingkatkan prestasi mereka.\r“Apabila saingan Piala Malaysia bersambung semula, mereka perlu tunjuk kemampuan sebenar dan ini adalah untuk kebaikan mereka,” katanya.\rBagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Australia, Rajagobal kembali ceria apabila dapat menggunakan gandingan dua penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali selepas lama tidak dapat bergandingan bersama akibat masalah kecederaan dan berlepas ke Canberra, malam tadi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|