View: 123|Reply: 0
|
Analisis: Perkasa ekonomi domestik
[Copy link]
|
|
Kenaikan kos sara hidup masih belenggu masyarakat, beri tamparan pertumbuhanPEMBENTANGAN bajet kerajaan yang diadakan setiap tahun sememangnya menjadi perhatian kepada segenap lapisan masyarakat. \n\n\n\n Apatah lagi apabila negara sedang menghadapi cabaran yang getir akibat daripada krisis hutang di negara maju. \n\n\n\n\n\n Selain itu, kenaikan kos sara hidup yang masih membelenggu masyarakat juga mampu memberikan tamparan terhadap momentum pertumbuhan ekonomi. Persoalan yang timbul, adakah kewangan kerajaan masih mampu untuk menyokong pertumbuhan ekonomi? Defisit kewangan serta kenaikan hutang kerajaan memberi tanggapan kepada kita bahawa kerajaan tidak mempunyai ruang yang luas untuk memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar bagi memacu pertumbuhan ekonomi. Untuk rekod, nisbah hutang kerajaan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada sekitar 53 peratus bagi tempoh separuh tahun pertama 2011. Angka ini agak tinggi jika di bandingkan sebelum berlaku kemelesetan ekonomi dunia iaitu 41 peratus yang dicatatkan pada 2008.Walau begitu, pendapat seperti ini seharusnya di imbangi dengan fakta bahawa sebahagian besar daripada jumlah hutang kerajaan itu adalah diterbitkan di dalam negara. \n\n\n\nIa merangkumi 96 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang kerajaan dan selebihnya adalah dari sumber luar negara. Dengan kadar kecairan yang tinggi di dalam sistem kewangan negara serta permintaan yang tinggi daripada pelabur institusi, kerajaan di lihat tidak mempunyai masalah untuk menerbitkan hutang bagi tujuan perbelanjaan pembangunan, sekali gus mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi. Dalam konteks ini, kerajaan dijangka akan lebih berhati-hati di dalam usul pembentangan Bajet 2012 pada Jumaat ini. Isu seperti kenaikan hutang isi rumah, pemilikan rumah mampu milik serta inflasi dijangka akan menjadi fokus utama. Ini adalah di sebabkan isu ini mampu memberi kesan negatif terhadap perbelanjaan swasta sekiranya ia tidak ditangani. Sehubungan itu, pengenalan insentif cukai menggalakkan penggunaan kad debit dilihat sebagai langkah bersesuaian bagi menangani isu hutang isi rumah. Kerajaan Korea, sebagai contoh, mengumumkan pengenalan insentif cukai bagi meningkatkan penggunaan kad debit berikutan kebimbangan terhadap kenaikan hutang isi rumah di negara itu. Umumnya, penggunaan kad debit di Malaysia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kad kredit. Perangkaan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia menunjukkan nilai urus niaga melalui kad debit tahun lalu adalah RM4.7 bilion. Manakala, kad kredit mencatatkan nilai urus niaga RM79.8 bilion pada tempoh sama. Ianya adalah suatu perbezaan yang ketara dan menunjukkan kecenderungan rakyat di negara ini untuk berhutang. Selain itu, kenaikan cukai keuntungan hartanah (RPGT) pada kadar lebih tinggi adalah satu langkah yang baik bagi mengekang aktiviti spekulasi. Kini, RPGT adalah pada kadar lima peratus bagi tempoh lima tahun pertama bagi hartanah yang dibeli dan dijual. Sebelum ini, kerajaan telah melupuskan kadar cukai RPGT ini pada 2007, justeru pengembalian RPGT pada kadar asal mungkin boleh dilihat sebagai langkah sesuai memandangkan ia boleh mendatangkan hasil tambahan kepada kerajaan selain dapat mengurangkan aktiviti spekulasi. Kadar RPGT sebelum ini adalah 30 peratus untuk tempoh dua tahun pertama, 20 peratus untuk tahun ketiga, 15 peratus bagi tahun keempat dan 5 peratus bagi tahun kelima.Bagi menangani isu kenaikan harga makanan, kerajaan di jangka akan terus memperuntukkan perbelanjaan bagi meningkatkan produktiviti di sektor pertanian ter-utama industri berkaitan pengeluaran makanan. Seharusnya, peruntukan kerajaan akan menjurus kepada peningkatan di dalam tahap sara diri dalam beberapa komoditi atau barangan seperti beras, daging, buah-buahan dan susu bagi menampung keperluan domestik. Ini bagi mengurangkan pergantungan terhadap import makanan yang menyebabkan negara terdedah kepada turun-naik harga pasaran di luar negara. Setakat 2010, tahap sara diri bagi tanaman seperti beras, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah 71.4, 41.2 dan 65.8 peratus. Manakala daging lembu dan kerbau, kambing dan biri-biri serta susu adalah 28.6, 10.6 dan 4.9 peratus. Namun langkah ini bersifat jangka panjang yang mungkin akan dinikmati pada masa akan datang. Oleh itu, harapan yang realistik terhadap pembentangan Bajet 2012 seharusnya menjadi teras kepada setiap masyarakat memandangkan kerajaan perlu berhati-hati di dalam setiap usul belanjawan negara. Ini bagi memastikan setiap ringgit yang di belanjakan akan mampu menjana dan memperkasakan pertumbuhan ekonomi terutama di dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu. Penulis adalah penganalisis ekonomi di Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC)
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|