|
Lakar kejutan juarai Terbuka Indonesia di Kalimantan Timur\rPASANGAN muda wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei membuktikan mereka memiliki potensi untuk menakluk dunia dan menjadi sandaran masa depan apabila melakar kejutan dengan menjuarai Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia di Kalimantan Timur, semalam. \r\n\n\n\n\r Gandingan itu yang mara pertama kali ke final jelas tidak melepaskan kesempatan terbaik untuk memenangi mahkota kejuaraan sulung mereka dengan mengejutkan gandingan China yang juga juara Terbuka Jepun, Bao Yixin-Zhong Qianxin 19-21, 21-19, 21-18 selepas bertarung 1 jam 15 minit.\r\r\n\n\n\n\n Vivian, 21, dan Khe Wei, 22, yang baru digandingkan lima bulan lalu dan menduduki ranking ke-60 dunia pernah mara ke separuh akhir Terbuka Thailand pada Jun dan Terbuka Taiwan bulan lalu, selain ke suku akhir Terbuka Vietnam, Ogos lalu.\r“Walaupun tewas set pertama tetapi gandingan itu bangkit dengan mempamerkan corak permainan menyerang dan bertahan dengan baik pada set kedua serta penentuan sekali gus membantu mereka menundukkan lawan.\r“Vivian-Khe Wei sangat gembira tetapi saya pantas mengingatkan mereka supaya tidak dibuai dengan kejayaan itu kerana masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan bagi meningkatkan dan memantapkan permainan mereka.\r“Mereka akur dan berjanji menjadikan kemenangan di sini sebagai satu permulaan untuk meneroka dan memburu lebih banyak kejuaraan,” kata jurulatih Chong Kien Ling ketika dihubungi di Kalimantan Timur.\r\n\n\n\n\rSementara itu, ketua jurulatih beregu wanita negara, Rexy Mainaky yang berbangga dengan kejayaan pasangan itu menyifatkan ia adalah hasil kerja keras dan tidak kenal erti putus asa selain bakat semula jadi yang dimiliki gandingan itu.\rDalam final perseorangan lelaki yang menemukan dua pemain tuan rumah, Dionysius Hayom Rumbaka yang juga pilihan kelapan menang selepas menundukkan anak bekas legenda Indonesia Icuk Sugiarto, Tommy Sugiarto yang juga pilihan ketujuh 21-16 21-17 dalam tempoh 37 minit.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|