CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

'Budaya berbasikal masih ketinggalan'

[Copy link]
Post time 2-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEGARA mempunyai ramai pelumba basikal berbakat, malah bertaraf dunia dalam acara trek seperti Azizulhasni Awang dan Josiah Ng, tetapi budaya berbasikal di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding di negara besar Eropah seperti Belanda dan Jerman.\rPengarah Perlumbaan OCBC Cycle Malaysia, Alan Rushton yang berpengalaman lebih 10 tahun menganjurkan Le Tour de Langkawi (LTdL)   berkata, antara masalah utama ialah keadaan jalan raya terutama di kota besar seperti Kuala Lumpur yang tidak “mesra basikal.\r\n\n\n\n\r   “Mungkin 20 atau 30 tahun lagi Malaysia akan setaraf negara Eropah sekarang. Di sana, sebarang projek pembangunan diwajibkan mengambil kira pengguna basikal, baik di jalan raya mahupun di tempat awam.\r\r\n\n\n\n\n   “Tempoh itu mungkin panjang, tetapi jika rakyat Malaysia mula menjadikan amalan berbasikal sebagai rutin harian, ia akan mempercepatkan proses berkenaan. Jadi saya rasa penganjuran OCBC Cycle Malaysia di Kuala Lumpur pertengahan bulan ini sebagai permulaan baik ke arah inisiatif berkenaan.\r“Seperti di Singapura, perlumbaan ini mendapat penyertaan melebihi 10,000 peserta. Secara tidak langsung, lebih ramai rakyatnya akan memilih berbasikal sebagai amalan dan gaya hidup, selain pemangkin kepada kewujudan sebuah negara yang mesra basikal,” katanya.\rOCBC Cycle Malaysia yang julung kali diadakan 14-16 Oktober ini, sudah menarik lebih 3,000 penyertaan pelbagai kategori dan menurut Rushton, itu satu petanda baik.\rSelain itu, acara kriterium jemputan membabitkan 100 pelumba terbaik tempatan – Kenny Heights Ultimate City Race – turut diadakan membabitkan kayuhan selama 90 minit di laluan sejauh 1.2 kilometer sepusingan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.514270 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list