|
DUA gol Dollah Salleh dan satu daripada P Maniam memastikan skuad Veteran Selangor muncul pemenang aksi pembukaan Piala Sultan Selangor 2011 dengan menewaskan Veteran Singapura 3-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.\rIa adalah kemenangan kali keenam buat Veteran Selangor selepas kedua-dua pasukan terikat dengan lima kejuaraan termasuk bergelar pemenang bersama pada edisi sulung 2001 manakala pada edisi kesembilan tahun lalu, Veteran Selangor menang 1-0.\r\n\n\n\n\r Pada aksi malam tadi, Veteran Selangor tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi rembatan Maniam, jurulatih baru skuad Piala Malaysia Selangor musim ini.\r\r\n\n\n\n\n Dollah menggandakan kedudukan 2-0 pada minit ke-12 apabila mudah menolak masuk lorongan Maniam untuk menewaskan penjaga gol Veteran Singapura, Shahri Rahim.\rSingapura merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-16 hasil rembatan jarak jauh pemain gantian, Abdullah Noor yang memerangkap penjaga gol Veteran Selangor, Rashid Hassan. \r20 minit berikutnya, kedua-dua pasukan tampak seperti sudah keletihan tetapi Dollah menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga Veteran Selangor pada minit ke-39.\rAntara pemain Veteran Selangor yang beraksi termasuklah Datuk Soh Chin Aun, K Gunalan, Zainal Abidin Hassan, Anuar Abu Bakar, Reduan Abdullah, Shahrin Majid, K Sanbagamaran dan Azlan Johar manakala Veteran Singapura menampilkan antaranya Malek Awab, Suria Murthi, Yahya Madon dan V Sundram Moorthy.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|