|
\"SAYA mahu disiplin diutamakan kerana kita main untuk negara bukan untuk kampung,\" demikian tegas ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her mengenai pembaharuan yang dilakukan dengan mewajibkan setiap pemain menandatangani buku kedatangan.\rDia yang mengambil alih tugas daripada Rexy Mainaky berkata peraturan itu bukan saja perlu dipatuhi pemain tetapi juga jurulatih termasuk dirinya kerana menyifatkan barisan jurulatih perlu menjadi contoh.\r\n\n\n\n\r Kim Her yang pernah membimbing skuad Korea Selatan dan England berkata dia akan mengekalkan tiga sesi latihan setiap hari bermula jam 7 hingga 8 pagi, 10 hingga 12 tengahari (sesi kedua) dan 3 hingga 5.30 petang (sesi ketiga).\r\r\n\n\n\n\n “Setiap pemain wajib menghadiri sesi latihan itu dan jika dalam sebulan ada di kalangan pemain gagal hadir lima atau enam kali tanpa alasan munasabah, kita akan mengambil tindakan dengan tidak menghantar mereka menyertai pertandingan antarabangsa. \r“Mereka perlu berkorban jika mahu bermain badminton,” katanya yang menegaskan tindakan itu bukan bermakna banyak kes ponteng membabitkan pemain sebelum ini.\rKim Her berkata bagaimanapun Koo Kien Keat-Tan Boon Heong buat sementara dikecuali daripada tiga sesi latihan kerana pada sebelah petang gandingan itu perlu menjalani program dirangka Institut Sukan Negara (ISN).\r“Saya belum mendapat program latihan daripada Pang Cheh Chang dan kita akan kaji dan jika mereka tidak pergi ISN, mereka juga wajib menjalani tiga sesi latihan sehari,” katanya.\r\n\n\n\n\rSementara itu, cabaran negara di Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia hanya digalas pasangan wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei selepas tiga lagi wakil negara, Misbun Ramdan Misbun, Ow Yao Han-Tan Wee Kiong dan Chan Kwong Beng kandas di suku akhir, semalam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|