CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

Pesawat terhempas

[Copy link]
Post time 30-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
18 penumpang dikhuatiri maut di SumateraMEDAN: Sebuah pesawat kecil Nusantara Buana Air (NBA) membawa 18 penumpang dikhuatiri terhempas di Baharok, Langkat, satu kawasan pergunungan di Sumatera Barat, Indonesia.\n\n\n\n   Keadaan lokasi nahas yang berbukit bukau dan hujan lebat menyukarkan anggota mencari dan menyelamat mengesan mangsa dalam perjalanan dari Medan ke Kutacane, Aceh Tenggara.\n\n\n\n\n\nPesawat Cassa C-212 buatan Sepanyol membawa 15 penumpang dan tiga kru berlepas dari bandar di sini di Sumatera Utara ke wilayah berhampiran, Aceh, apabila ia terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 30 minit di udara, kata Bambang Ervan.“Pesawat berlepas jam 7.18 pagi dan sepatutnya mendarat jam 8 pagi,” kata jurucakap.“Kemungkinan besar ia terhempas ketika menghantar satu isyarat kecemasan,” katanya menambah tidak diketahui jika warga asing antara penumpang.“Pesawat menghantar isyarat kecemasan dan gagal  dikesan radar selepas itu,” kata Bonar Hutagoal, marsyal udara kepada TVOne.\n\n\n\n“Saya nampak sesuatu (yang pelik). Sebuah pesawat berasap terbang rendah sebelum hilang daripada pandangan,” kata  saksi, Agus. Ketua pencari dan penyelamat tempatan Suhri Sinaga berkata pesawat menghantar satu isyarat kecemasan di kawasan Bahorok di wilayah Sumatera Utara.Sebuah helikopter disewa khas syarikat gergasi perlombongan Amerika Syarikat Newmont Mining terhempas Ahad lalu di tengah Indonesia, mengorbankan dua penumpangnya.Awal bulan ini, seorang warga Australia dan juruterbang warga Slovakia maut apabila pesawat Cessna Grand Caravan yang membawa bahan api dan makanan ke kawasan terpencil di wilayah Papua, terhempas.Sebuah lagi pesawat kecil, yang turut mengangkut bekalan ke perkampungan terpencil untuk  persatuan kemanusiaan Kristian di Papua, terhempas minggu lalu, mengorbankan seorang juruterbang warga Amerika dan dua penumpangnya.   – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.034651 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list