|
Mara suku akhir temu Nishikori BUKAN mudah bagi pilihan utama Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2011, Nicolas Almagro melangkah ke pusingan suku akhir apabila diberi tentangan sengit rakan senegaranya dari Sepanyol, Albert Ramos dalam pusingan kedua di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam.\n\n\n\n Selepas mendapat ‘bye’ pusingan pertama, Almagro, 26, yang baru turun beraksi memerlukan 1 jam 43 minit sebelum menumpaskan Ramos, 23, dengan 7-6(2), 7-6(4).\n\n\n\n\n\n “Pada beberapa minggu lalu, saya ada menjalani latihan bersama Ramos dan tidak sangka dia akan memberi saingan sengit dalam pertemuan sulung kami,” katanya yang menduduki ranking ke-11 dunia. Dalam perlawanan suku akhir, hari ini dia akan menentang Kei Nishikori. Pemain berusia 21 tahun dari Jepun itu terdahulu dipaksa mengerah keringat sebelum berjaya menewaskan lawan dari Jerman, Philipp Petzschner 6-3, 4-6, 7-5 dalam pusingan kedua, semalam.“Saya kandas pada pusingan pertama pada kejohanan ini tahun lalu dan kemenangan ini sungguh bermakna bagi saya sebagai pemain Asia yang tunggal untuk meneruskan cabaran. Saya akan cuba melakukan yang terbaik dalam suku akhir,” kata Nishikori yang pernah meraih Anugerah Pemain Baru Terbaik 2008.Dalam acara beregu, pasangan pilihan keempat dari Amerika Syarikat, Scott Lipsky-Rajeev Ram bakal bertemu Eric Butorac (Amerika Syarikat)-Jen-Julien Rojer (Netherlands Antilles) dalam perlawanan separuh akhir, esok. \n\n\n\n Manakala satu lagi perlawanan separuh akhir bakal menyaksikan beregu pilihan pertama kejohanan, Jurgen Melzer (Austria)-Petzschner (Jerman) bertemu pilihan ketiga, Frantisek Cermak (Czech)-Filip Polasek (Slovakia).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|