CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96|Reply: 0

Ferguson bimbang rentak anak didik

[Copy link]
Post time 29-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Manchester United tenggelam diasak kebangkitan  FC Basel di laman sendiri\rMANCHESTER: Alex Ferguson memberi isyarat dia mungkin perlu menilai semula corak permainan menyerang Manchester United selepas menyaksikan pasukan kendaliannya seri 3-3 dengan FC Basel di Old Trafford.\r\n\n\n\n\r   United sebelum ini beraksi cemerlang dalam kempen Liga Perdana Inggeris, menghasilkan 22 gol dalam hanya enam perlawanan dengan purata lebih tiga gol pada setiap perlawanan.\r\r\n\n\n\n\n   Pada pertemuan Kumpulan C Liga Juara-Juara itu kelmarin, United tampak seperti mampu berpesta gol lagi selepas Danny Welbeck meledak dua gol untuk meletak United 2-0 di depan.\rNamun United, yang kehilangan Wayne Rooney, tenggelam diasak kebangkitan lawan dari Switzerland itu pada babak kedua hingga kerap melepasi benteng pertahanan dibarisi Patrice Evra, Rio Ferdinand, Phil Jones dan Fabio Da Silva.\rFabian Frei merapatkan jurang buat pelawat sebelum Alex Frei menyamakan kedudukan dua minit kemudian hasil serangan balas pantas. United semakin goyah dan kesilapan Jones menghadiahkan penalti buat Basel yang mudah disempurnakan Alex Frei untuk meletak pelawat di depan.\rWalaupun United menyamakan kedudukan sejurus sebelum tamat permainan menerusi Ashley Young, Ferguson mengakui dia bimbang dengan rentak pasukannya yang membiarkan Basel bangkit selepas mendahului dua gol.\r\n\n\n\n\r“Saya rasa permainan kami agak cuai, dan saya perlu menilainya semula,” kata Ferguson. “Kami perlu memberi lebih tumpuan pada bahagian itu. Terlalu ramai pemain mara ke kawasan lawan, terlalu ramai. \r“Serangan pada babak pertama memang berkesan, tetapi kemudian pemain cuai dan membiarkan kubu diasak. Saya rasa ini satu pendedahan baru buat pemain mengenai bola sepak Eropah yang sebenar.” – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.065542 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list