CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Negara Asia Barat minat labur

[Copy link]
Post time 28-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Prospek ekonomi negara dorong peniaga asing tingkat pelaburanSTRATEGI kerajaan dalam memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan dari Asia Barat membuahkan hasil apabila banyak syarikat dari rantau itu sudah menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.\rPerdana Menteri berkata, kini wujud minat mendalam daripada pelabur Asia Barat untuk meningkatkan pelaburan masing-masing di Malaysia ekoran prospek ekonomi negara yang menarik pada masa depan.\r\n\n\n\n\r  Najib berkata, ramai pelabur rantau itu melahirkan minat untuk melabur di Malaysia terutama di daerah kewangan Kuala Lumpur dan projek pembangunan Sungai Besi.\r\r\n\n\n\n\n  Kini saya mendapat pertanyaan daripada ramai pelabur Asia Barat untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia terutama di Kuala Lumpur. Mereka memang berminat dan bersedia untuk melabur di negara ini, katanya pada sesi soal jawab di Khazanah MegaTrends Forum 2011 di Kuala Lumpur semalam.\rNajib menjelaskan hubungan erat sebagai negara Islam juga mendorong pelabur dari Asia Barat memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka di rantau Asia.\rKatanya, sejak beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada 2009, usaha strategik dibuat bagi menarik pelaburan khususnya daripada negara yang mempunyai lebihan modal bagi merangsang pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini.\rPelabur rantau itu, katanya, amat yakin dengan prospek ekonomi negara ini dan berasa selamat untuk meningkatkan pelaburan mereka di sini.\r\n\n\n\n\rMengenai pembangunan usahawan Bumiputera, Najib menjelaskan kerajaan kini akan memberi fokus dalam membangunkan usahawan yang layak dan mempunyai daya saing yang tinggi.\rBeliau berkata, pemilihan syarikat Bumiputera yang layak itu akan dilakukan berasaskan kepada meritokrasi. \rKami akan memberi bantuan kepada usahawan Bumiputera yang bagus, berbakat dan berdedikasi kerana jika mereka berjaya ia adalah hasil usaha mereka sendiri, katanya.\rSementara itu, di dalam ucapan penutupan forum, Najib berkata, agenda transformasi kerajaan bermatlamat untuk memupuk daya ketahanan dan penyesuaian negara ini dari kejutan luar jangkaan dan bukan untuk menyekat negara ini dari mengalami perubahan.\rBeliau berkata, fenomena ketidaktentuan itu menjuruskan kepada sesuatu yang kebiasaan yang meletakkan ekonomi terdedah kepada kejutan itu, tetapi jika ekonomi dilihat sebagai satu sistem, hanya ekonomi yang stabil dan berdaya tahan akan mampu mengharunginya. \rBagi membina dan mewujudkan satu sistem yang berdaya tahan dan mempunyai keanjalan dan ketangkasan, kerajaan perlu mengenepikan kekangan di dalam sistem dan pada masa yang sama membina kapasiti dan keupayaan mereka yang mengendalikannya, katanya.\rNajib juga menyeru pemimpin perniagaan dan politik supaya menyedari ketidaktentuan yang mereka hadapi kerana sejarah menunjukkan bahawa pasaran utama juga boleh gagal dengan teruk, sehinggakan memerlukan kerajaan masuk campur dan menyediakan kepimpinan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.071290 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list