|
Tewaskan AS 27-10 sebelum jumpa Ireland untuk rebut naib juara Kumpulan CNELSON (New Zealand): Itali meraih mata bonus penting selepas menang 27-10 ke atas Amerika Syarikat (AS) semalam untuk menempah pertemuan dengan Ireland pada perlawanan terakhir kumpulan Ragbi Piala Dunia.\rKemenangan itu meletakkan Itali dengan 10 mata, tiga di belakang Ireland, dengan perlawanan penting mereka Ahad ini bakal menentukan pasukan kedua Kumpulan C yang layak ke suku akhir, kerana Australia, yang masih perlu berdepan Russia, sudah boleh dianggap mara.\r\n\n\n\n\r Bermain di bawah tiupan angin kencang di belakang mereka, Itali melakukan tiga try pada babak pertama tetapi terpaksa bergelut selama 26 minit pada babak kedua sebelum memperoleh try keempat yang begitu penting, sebelum try terakhir.\r\r\n\n\n\n\n Disebabkan AS lebih banyak berkubu di kawasan sendiri, Itali gagal melepasi benteng kebal itu dan hanya mampu melakukan satu try penalti selepas benteng AS bocor akibat sentiasa diasak.\rCukup tegang menjelang perlawanan ini kerana saya hormati keputusan yang dicatat AS sepanjang kejohanan ini, kata jurulatih Itali, Nick Mallet.\rNamun, kelebihan utama kami ialah kekuatan scrum dan kami mengatasi mereka sepenuhnya dalam aspek itu. Saya minta maaf kepada penonton kerana mungkin bukan satu perlawanan terbuka seperti yang mereka suka tonton, tetapi anda bermain berdasarkan kekuatan sendiri.\rSenjata kekuatan Itali ialah kemantapan barisan hadapan yang diterajui pemain berpengalaman, Martin Castrogiovanni, yang menampilkan aksi cemerlang hingga memaksa AS lebih banyak bertahan. AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|