CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70|Reply: 0

Emas, gangsa akhiri cabaran

[Copy link]
Post time 28-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENERJUN muda negara, Bryan Nickson Lomas dan Cheong Jun Hoong menutup tirai kejohanan Terjun Piala Asia di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil semalam dengan pingat emas dan gangsa dalam disiplin masing-masing.\rDalam acara 10 meter platform lelaki yang hanya disertai tiga peserta, Bryan menepati ramalan untuk dinobatkan sebagai pemenang apabila mengetepikan cabaran rakan senegara, Ooi Tze Liang dengan perbezaan 29.7 mata manakala gangsa milik penerjun Indonesia, Mohd Nasrullah (396.20).\r\n\n\n\n\r  Apapun, hajat kem negara melihat wakil wanita meraih emas pertama pada hari terakhir kejohanan tidak kesampaian apabila hanya mampu mengutip gangsa menerusi Jun Hoong dalam acara 3m papan anjal.\r\r\n\n\n\n\n  Kuasa besar sukan terjun dunia, China membuktikan kemampuan apabila mendominasi dua tempat teratas melalui Zhang Jun dan Jia Dong yang masing-masing mengutip 338.15 mata dan Jia Dong yang dipisahkan dengan 1.85 mata untuk perak.\rSementara itu, Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Edwin Chong tetap berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan penerjun negara.\rBerdasarkan aksi tiga penerjun negara yang layak ke Olimpik tahun depan, Malaysia boleh dikatakan berada pada kedudukan selesa, katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042588 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list