|
UPDUNSANY, Ireland: Eropah merampas semula Piala Solheim buat kali pertama selepas 2003 hasil kemenangan dramatik 15-13 untuk menewaskan Amerika Syarikat pada hari terakhir di lapangan Killeen Castle, kelmarin.\rKeputusan itu ditentukan dalam tiga permainan terakhir dan semuanya memihak kepada pasukan Eropah.\r\n\n\n\n\r Pemain Sepanyol, Azahara Munoz memastikan mata penting dalam permainan terakhir apabila mencatat kemenangan satu lubang ke atas Angela Stanford manakala dalam permainan sebelumnya, Caroline Hedwall, yang ketinggalan two down dengan dua permainan ketika berdepan Ryann OToole, memenangi kedua-dua lubang untuk memastikan setengah mata.\r\r\n\n\n\n\n Sebelum itu, Suzann Pettersen memulakan babak setengah jam terakhir itu dengan penuh drama apabila bangkit daripada ketinggalan satu dan tiga untuk menewaskan Michelle Wie dengan hanya satu lubang.\rPemain nombor dua dunia itu melakukan dua birdie pada tiga lubang terakhir termasuk melengkapkan pukulan dari jarak lapan kaki dalam permainan terakhir.\rIa adalah kemenangan pertama buat Pettersen dan hanya kejayaan kali keempat buat pasukan Piala Solheim Eropah dalam 12 pertandingan sebelum ini.\rPemain pasukan saya beraksi dengan sepenuh hati. Pemain muka baru cukup menakjubkan dan pemain berpengalaman pula bermain dengan baik. Mereka memang juara sejati. Segala-galanya atas usaha sepasukan, kata kapten Eropah, Alison Nicholas.\r\n\n\n\n\rKapten AS, Rosie Jones pula tetap berbangga dengan tahap permainan anak buahnya yang cuba menandingi lawan mereka hinggalah pada tiga permainan terakhir.\rMemang kecewa tewas tetapi tiada apa lagi yang boleh saya minta. Mereka (Eropah) bermain dengan baik pada 35 minit terakhir, katanya yang terpaksa menyaksikan Cristie Kerr menarik diri daripada permainan single ketika menentang Karen Stupples kerana kecederaan pergelangan tangan untuk membolehkan Eropah mendahului 9-8. Reuters\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|