|
CARDIFF: Selepas dua minggu bersungguh-sungguh menjalani sesi ujian pemilihan bersama Cardiff City, harapan penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali, 27, untuk bermain dengan kelab Liga Kejuaraan Inggeris itu kini bergantung kepada penilaian pengurusan pasukan berkenaan. Safee yang pulang ke Malaysia hari ini, berkata selepas menimba pengalaman bernilai dia memang berharap akan dapat mewakili pasukan diberi jolokan Bluebirds itu.\n\n\n\n Saya memang berharap untuk bermain di sini dan saya sudah bersungguh-sungguh dalam latihan dan saya harap ada keputusan yang positif. \n\n\n\n\n Saya memang mahu terus kekal dan berharap dapat peluang bermain di sini. Dengan kebolehan yang ada dan dengan penilaian daripada pengurus di sini, Insya-Allah, kata Safee.Keputusan sama ada Safee dapat bermain dengan pasukan ini juga bergantung kepada visa, dan dia sendiri tidak dapat memberi kepastian kerana ia bergantung kepada keputusan pengurusan kelab.Latihan di sini lebih profesional, tumpuan yang sepenuhnya kepada latihan. Standard mereka memang tinggi dan dengan kepantasan permainan, cara berfikir dan membuat keputusan juga kena dibuat dengan cepat. Setiap keputusan harus dibuat dengan betul, cepat dan tepat. Itu sesuatu yang sangat berguna bagi saya, kata Safee selepas menyaksikan perlawanan antara Cardiff City dengan Leicester City kelmarin, bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah; exco kerajaan Terengganu; Datuk Zaabar Mohd Adib; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Zakaria Sulong serta isteri, Datin Hazizah Ahmad.\n\n\n\nLatihan mereka profesional... semasa latihan mereka bersungguh-sungguh dan teknik mereka jauh berbeza dengan kita, itulah jurang antara kita dengan mereka, katanya.Safee berkata, pengalaman yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk dirinya dan pasukan negara.Bola sepak ialah permainan berpasukan dan saya harap dapat berkongsi pengalaman dengan pemain lain. Peluang macam ini sangat berguna... saya harap pada masa depan ramai lagi pemain kita akan mengikuti sesi pemilihan atau berlatih dengan kelab luar untuk membentuk pasukan kebangsaan yang kuat, katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|