|
WALAUPUN gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun dan meraih trofi kejuaraan ketujuh selepas tewas kepada Cheng Long di final Terbuka Jepun kelmarin, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei menegaskan kekalahan kepada bintang muda China itu sedikit pun tidak menggusarkannya.\rTidak ada perkara yang perlu dibimbangkan, katanya sejurus tiba dari Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.\r\n\n\n\n\r Mungkin dia mempunyai kelebihan sedikit apabila tidak beraksi di separuh akhir (mendapat kemenangan percuma selepas Lin Dan menarik diri) yang membuatkannya lebih bertenaga daripada saya dalam final itu.\r\r\n\n\n\n\n Begitupun, saya bersama jurulatih (Tey Seu Bock) akan mengkaji semula kelemahan dan kekurangan dalam permainan saya. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dan saya juga tidak panik, kata pemain 29 tahun itu yang tewas 8-21, 21-10, 19-21.\rSeu Bock juga menegaskan kekalahan anak didiknya dua kali berturut-turut pada final selepas Kejohanan Dunia di Wembley bulan lalu, bukan masa kepadanya untuk menekan butang panik, tetapi mengakui bintang muda China itu semakin meningkat permainannya.\rSaya dapati dia (Chen Long) bergelut ketika menentang pemain lain, tetapi apabila menentang Chong Wei, dia begitu selesa. Ini bermakna dia hanya dilatih dan dibimbing untuk menentang Chong Wei dan menewaskannya.\rJadi, ini kelebihan China yang memiliki ramai pemain perseorangan berbakat selain Lin Dan. Namun, saya mempunyai formula untuk mengatasinya dan ini bukan masa untuk panik. Bagi saya kejayaan Chong Wei ke final dalam setiap kejohanan adalah satu rekod, katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|