|
4 pasukan pernah bergelar gergasi berentap tentukan nasib ke suku akhirSECARA tradisi, Selangor dan Kuala Lumpur pernah bergelar seteru di Lembah Klang. Sama seperti Kedah dan Perak yang silih berganti mengesahkan status sebagai jagoan Utara Semenanjung.Namun malam ini, pertaruhannya mungkin lebih besar buat Selangor dan Kedah dua bekas gergasi yang pernah mendominasi kancah bola sepak dan bergelar juara Piala Malaysia suatu masa dulu, sebelum reputasi mereka dibayangi kebangkitan pasukan negeri lain.\n\n\n\nSelangor tampil dengan Misi 33 musim ini dan perlu menang ke atas skuad warga kota di Stadium Shah Alam malam ini, untuk mengiringi TTeam daripada Kumpulan D ke saingan peringkat suku akhir. Kedah juga perlu mencuri mata daripada Perak, sambil berharap Johor dapat membantu menafikan hajat Sabah dalam perlawanan terakhir Kumpulan A.\n\n\n\n\nDengan lapan perlawanan berlangsung serentak, tumpuan pastinya lebih terarah kepada 90 minit yang panas dan mendebarkan di Stadium Shah Alam dan Stadium Darulaman, malam ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|