CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Ireland baham Russia

[Copy link]
Post time 26-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ROTORUA (New Zealand): Keith Earls menyudahkan dua daripada sembilan try yang dilakukan Ireland untuk menundukkan Russia 62-12, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan C dan menempah slot ke suku akhir Piala Dunia 2011, semalam.\rIreland meneruskan momentum selepas mengejutkan Australia 15-6 minggu lalu apabila berjaya memperoleh mata bonus hasil tiga try dalam tempoh tiga minit terakhir babak kedua.\r\n\n\n\n\r Beberapa pemain diberi peluang minggu ini untuk mengembalikan persembahan pada hujung minggu lalu. Ia penting untuk meneruskan momentum. Kami akan cuba terus meraih kemenangan apabila bertemu Itali (Ahad ini), kata kapten Ireland, Leo Cullen.\r\r\n\n\n\n\n Russia yang kini tewas kesemua tiga perlawanan pada penampilan sulung di pentas Piala Dunia tetap mempamerkan semangat juang tinggi dengan berjaya juga melakukan try pada babak kedua menerusi Vasily Artemyev dan Denis Simplikevich.\rTerdahulu pada sebelah pagi, Tusi Pisi menghasilkan 15 mata untuk Samoa menghidupkan peluang ke suku akhir dengan menewaskan Fiji 27-7 pada aksi Kumpulan D di Eden Park.\rPertembungan pertama kedua-dua pasukan di pentas Piala Dunia menghiburkan para penonton menerusi cok permainan saling menyerang.\rSamoa yang sebelum ini menundukkan Namibia 49-12 tetapi kemudian tewas 10-17 kepada Wales masih berpeluang mara ke suku akhir jika mereka berjaya mengatasi juara bertahan, Afrika Selatan, Jumaat ini. - Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.037362 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list