|
Maniam berkeyakinan tinggi skuadnya mampu raih tiket suku akhirJURULATIH baru Selangor, P Maniam berkeyakinan tinggi skuad kendaliannya mampu menewaskan Kuala Lumpur pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam esok, sekali gus mara ke suku akhir Piala Malaysia, 10 dan 14 Oktober depan.Maniam, 43, lulus ujian pertama selepas menggantikan K Devan yang meletak jawatan, 20 September lalu, apabila Selangor garang membelasah Polis 4-1 di Paroi, kelmarin, hasil jaringan Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan pemain gantian, Rudie Ramli.\n\n\n\nSatu permulaan baik untuk diri saya secara peribadi dan yang lebih penting menghidupkan semula peluang Selangor ke suku akhir. Boleh nampak, para pemain betul-betul nak main dan mencari kemenangan. Daripada lapan peluang dimiliki, empat menghasilkan gol.\n\n\n\n\n Berdasarkan aksi pusingan pertama di Selayang (seri 0-0), saya yakin kita boleh menewaskan Kuala Lumpur (esok) dengan syarat, pemain beraksi bersungguh-sungguh dan memanfaatkan peluang terhidang, kata Maniam ketika dihubungi, semalam.Andai Selangor layak ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan D di belakang T-Team, mereka bakal bertemu Perak yang sudah pun mengesahkan tempat sebagai juara Kumpulan A.Namun tegas Maniam: Jangan fikir tentang lawan di suku akhir. Fikir dulu bagaimana untuk layak kerana jika seri atau tewas kepada Kuala Lumpur, kita akan tersingkir.Maniam turut memperlihatkan keyakinannya terhadap pemain simpanan dengan menurunkan Bunyamin Umar, Azidan Sarudin dan pemain pinjaman dari Harimau Muda A, Nazri Ahmad ke dalam kesebelasan utama kelmarin, serta mencuba formasi baru 4-3-3.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|