CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Periuk selamatkan nenek daripada bah

[Copy link]
Post time 25-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PANGRIO: Terdesak menyelamatkan neneknya, Rasti Bibi daripada banjir yang melanda selatan Pakistan, Ali Ahmed dan tiga lagi saudaranya meletakkan wanita itu dalam periuk besar dan menariknya ke tempat selamat dengan mengharungi air separas leher.\rMereka juga terpaksa berenang beberapa jam tanpa henti kerana air terlalu dalam bagi menyelamatkan warga tua yang berusia lebih 100 tahun itu..\r\n\n\n\n\rIa adalah pengalaman paling berharga dalam hidup dan saya tidak akan melupakannya, kata Ahmed ketika ditemui di luar pekan Pangrio, satu-satunya kawasan yang kering.\r\r\n\n\n\n\nMenurut Ahmed, mereka sekeluarga berpindah ke kawasan selamat tiga minggu lalu tetapi 300 penduduk kampung Suleman Hamadani cuma diselamatkan beberapa hari lalu oleh tentera.\rPenyelamat membawa nenek ke hospital di Pangrio untuk dirawat kerana mengalami cirit-birit teruk, katanya. \rBandar itu, seperti kebanyakan kawasan di selatan Sindh, ditenggelami air.\rPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu sumbangan AS$357 juta (RM1.1 bilion) untuk membekalkan makanan, air, kebersihan, kesihatan dan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir. \rBagaimanapun, objektif mengumpul sekurang-kurangnya AS$2 bilion (RM6.3 bilion) untuk mangsa banjir sejak tahun lalu sukar.\rKami mengharapkan penderma bermurah hati membantu kami memenuhi keperluan mangsa berikutan bencana terbaru ini, sambil memastikan keadaan mereka yang terjejas tahun lalu tidak diabaikan, kata Pemangku Pengarah Program Makanan Sedunia PBB di Pakistan, Dominique Frankefort.\rPihak berkuasa Pakistan tidak pasti berapa ramai masih terperangkap dalam banjir yang mula melanda negara itu Ogos lalu berikutan hujan luar biasa dan menjejaskan sekurang-kurangnya 5.4 juta penduduk.\rDi SINDH, PBB memaklumkan banjir mengorbankan lebih 220 orang, memusnahkan 665,000 rumah yang menyebabkan lebih 1.8 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.  Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.143943 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list