|
New Zealand tewaskan Perancis, England belasah RomaniaAUCKLAND: Tuan rumah, New Zealand mengukuhkan cengkaman mereka selepas mencatat kemenangan 37-17 ke atas Perancis di Eden Park, semalam untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia 2011 selaku juara Kumpulan A, biarpun masih berbaki satu perlawanan.\rTry menerusi Adam Thomson, Cory Jane, Sonny Bill Williams serta dua daripada Israel Dagg, ditambah 12 mata lagi sumbangan Dan Carter membolehkan The All Blacks memadam kegagalan mereka melepasi peringkat kumpulan pada 1999 dan 2007.\r\n\n\n\n\r Secara kebetulan, New Zealand pernah menewaskan Perancis di gelanggang yang sama pada final Piala Dunia 1987 untuk muncul juara edisi sulung itu dan semalam juga adalah penampilan ke-100 pemain The All Blacks, Richie McCaw.\r\r\n\n\n\n\n Kami terpaksa menyerap sedikit asakan pasukan lawan pada awal permainan tetapi saya cukup bangga dengan rakan-rakan yang berjaya menanganinya dan apabila kami mendapat peluang, kami memanfaatkannya dengan memungut mata, kata McCaw.\rSementara itu, di Dunedin, dua pemain sayap, Mark Cueto dan Chris Ashton masing-masing melakukan hatrik untuk membantu England mencatat kemenangan bergaya 67-3 ke atas Romania menerusi 10 try pada aksi Kumpulan B.\rKami agak kekok pada perlawanan ini tetapi kami tetap berjaya mempamerkan disiplin yang baik. Tugas berjaya dilaksanakan dan kami kini bersedia untuk menghadapi minggu lebih penting, kata pengurus England, Martin Johnson. - Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|