|
Baiki prestasi di Borneo SevensSKUAD ragbi wanita kebangsaan masih ada harapan memperbaiki prestasi pada saingan suku akhir kejohanan Asia Pasifik Wanita Tujuh Sebelah Borneo Sevens menentang Samoa, hari ini selepas kecundang dalam tiga perlawanan peringkat Kumpulan B di Stadium Likas, semalam. \rPada perlawanan awal bertemu Papua New Guinea, semalam, pasukan Malaysia diketuai Haslinda Mohd Salleh diaibkan naib juara, edisi tahun lalu 46-0 sebelum kecundang kepada Tonga (25-0) dan China (29-0).\r\n\n\n\n\r Pada perlawanan awal bertemu Papua New Guinea, semalam, pasukan Malaysia diketuai Haslinda Mohd Salleh kalah kepada naib juara tahun lalu itu 46-0 sebelum tewas kepada Tonga (25-0) dan China (29-0). \r\r\n\n\n\n\n Masih terlalu jauh untuk pasukan negara mencipta nama namun saya berpuas hati dengan prestasi pasukan secara keseluruhan yang mampu mengekang asakan Tonga selepas tewas besar kepada Papua New Guinea, kata pengurus pasukan, Raimi Mohd Yusof.\rSementara itu, edisi ketiga Kejohanan Tujuh Sebelah Siri Asia Borneo Sevens hari ini, bakal menyajikan saingan awal pasukan lelaki negara bertarung dalam Kumpulan B Siri Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Asia HSBC, bertemu jiran tetangga, Brunei sebelum bertemu Taiwan dan juara bertahan, Hong Kong.\rJurulatih, Wan Ibrahim Wan Chik berkata pemain diturunkan kali ini lebih bertenaga dengan kehadiran tiga pemain senior dalam pasukan iaitu Mohd Syahir Asyraff Rosli, K Dineshvaran dan Kini Rasolosolo.\rKita perlu melakukan lebih baik daripada di Shanghai Sevens dan percaturan kombinasi pemain senior dan junior bakal diturunkan juga baik, katanya. \r\n\n\n\n\rMalaysia perlu berada dalam kelompok empat pasukan teratas andai mahu layak ke Piala Dunia Tujuh Sebelah Hong Kong 2012 selepas menghuni tangga keenam di Shanghai Sevens, Ogos lalu. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|