View: 94|Reply: 0
|
Swansea ‘istimewa’ buat Torres, Lampard
[Copy link]
|
|
LONDON: Chelsea berharap pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang pendatang baru Swansea hari ini akan menjadi terapi ideal buat penyerang sensasinya, Fernando Torres bagi melupakan kejadian memalukan di depan gawang Manchester United, minggu lalu yang berakhir dengan kekalahan.Pengendali Chelsea, Andre Villas-Boas tidak menyenaraikan Torres dalam kempen menggerunkan Piala Liga bertemu Fulham yang berakhir dengan kemenangan The Blues menerusi penentuan penalti selepas perlawanan terikat tanpa jaringan sekalipun beraksi dengan 10 pemain.\n\n\n\n Manakala Frank Lampard, pemain yang dikeluarkan dari bangku simpanan untuk menguatkan lagi jentera serangan menjadi pemain tunggal Chelsea yang gagal menyumbat masuk sepakan penanti dengan keputusan memihak The Blues 4-3.\n\n\n\n\n Bagi Lampard, perlawanan menentang Swansea adalah sesuatu yang istimewa buat dirinya yang pernah bergelar pemain kelab yang dibimbing bekas jurulatih simpanan Chelsea, Brenden Rodgers itu apabila dipinjamkan ketika bersama West Ham pada musim 1995-96.“Ia akan menjadi perlawanan yang istimewa buat saya menentang Swansea,” kata pemain berusia 33 tahun itu. “Masih ada sedikit ruang buat Swansea di hati saya. Saya sentiasa mengikuti perkembangan mereka sejak daripada itu kerana kamu dapat rasakan ada perhubungan dengannya.“Dengan Brenden kini bersama kelab itu, hubungannya dirasakan makin rapat. Swansea adalah pasukan kedua saya dalam EPL namun mereka tidak dilayan seperti itu apabila bertandang ke Stamford Bridge.” – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|