CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

Final ke-4 kian hampir

[Copy link]
Post time 24-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
FINAL impian kali keempat, tahun ini antara dua jagoan badminton dunia - Lee Chong Wei dan Lin Dan - semakin menjadi realiti apabila masing-masing melepasi halangan suku akhir Terbuka Jepun di Tokyo, semalam. \rBagaimanapun, kedua-dua jaguh itu yang sudah bertemu tiga kali di final, tahun ini dengan rekod dua kemenangan milik Lin Dan di final Terbuka Korea dan Kejohanan Dunia dan Chong Wei menang sekali (Seluruh England), terpaksa memerah keringat sebelum menewaskan lawan masing-masing.\r\n\n\n\n\rChong Wei, pilihan pertama, cemas apabila tewas pada set pertama 21-23, namun juara bertahan itu bingkas bangkit pada set kedua dan penentuan menundukkan jaguh tuan rumah, Kenichi Tago 21-7, 21-18 dalam saingan 56 minit.\r\r\n\n\n\n\nWalaupun Chong Wei tewas set pertama, saya sedikit pun tidak bimbang. Saya yakin dia mampu bangkit dan menangani tekanan perlawanan dengan baik seperti dibuktikan pada set kedua dan penentuan, kata jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock, semalam.\rLin Dan turut terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menebus semula kekalahan kepada Chen Jin di separuh akhir China Masters, minggu lalu apabila menundukkan rakan negara, 20-22, 21-14, 22-20 dalam tempoh satu jam lapan minit.\rBagaimanapun, sebelum Chong Wei dan Lin Dan bertembung dalam final impian itu, kedua-duanya  perlu menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir hari ini dengan Chong Wei akan menentang pilihan ketiga dari Denmark, Peter Gade.\rGade mara selepas mudah menyingkirkan Simon Santoso dari Indonesia 21-14, 21-15, manakala Chen Long yang juga pilihan keempat akan menjadi penghalang Lin Dan di separuh akhir selepas mudah menundukkan seorang lagi wakil Denmark, Jan O Jorgensen  21-14, 21-13.\r\n\n\n\n\rTurut mengiringi Chong Wei ke separuh akhir ialah pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menundukkan beregu muda negara, Goh Wei Shem-Lim Khim Wah 21-16, 19-21, 21-17.\rPilihan ketiga itu bagaimanapun berdepan cabaran getir apabila dijadualkan menentang beregu nombor satu dunia dari China, Cai Yun-Fu Haifeng yang hanya memerlukan 24 minit menewaskan Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan dari Indonesia 21-12, 21-14.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.043308 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list