|
Ledak satu gol bantu City menang 2-0 perlawanan pertama sejak Julai 2010\rLONDON: Owen Hargreaves memenuhi impian dalam perlawanan sulung bersama Manchester City selepas pemain yang baru pulih daripada kecederaan itu menjaringkan gol pembukaan bagi memastikan kejayaan 2-0 ketika menewaskan Birmingham dalam perlawanan pusingan ketiga, Piala Liga, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Hargreaves membuat penampilan pertama dengan City selepas dilepaskan musuh tradisi, Manchester United pada penghujung musim lalu susulan daripada kecederaan lutut yang menghantuinya sejak tiga tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Ia adalah bagus untuk dia,” kata pengurus City, Roberto Mancini. “Owen adalah pemain hebat yang boleh menjadi pemain penting bagi kami.\r“Dia tidak mengalami sebarang masalah sepanjang tiga minggu lalu. Pada masa ini, lututnya tidak menghadapi masalah.”\rPemain berusia 30 tahun itu, yang hanya berkesempatan bermain selama enam minit sejak September 2008, memerlukan hanya 17 minit membuktikan kemampuan apabila memperdayakan penjaga gol, Colin Doyle untuk gol pertama sejak April 2008.\rDia kemudian menghabiskan 57 minit lagi sebelum berundur dengan sorakan peminat City. Gol kedua pasukan adalah sumbangan Mario Balotelli pada minit ke-38.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Everton memerlukan masa tambahan sebelum menewaskan West Brom 2-1 di Goodison Park. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|