CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95|Reply: 0

Chong Wei mudah lepasi halangan awal

[Copy link]
Post time 22-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei tidak perlu mengerah kudrat apabila hanya memerlukan 25 minit untuk melepasi pusingan pertama Terbuka Jepun di Gymnasium Metropolitan Tokyo, semalam.\rChong Wei yang memburu kejuaraan ketiga selepas memenangi kejohanan itu pada 2007 dan 2010, mudah menyingkirkan lawan dari England, Rajiv Ouseph 21-13, 21-13 untuk membuat perhitungan menentang Wang Zhengming dari China pada pusingan kedua, hari ini selepas lawan itu menewaskan Wong Wing Ki dari Hong Kong 23-21, 21-13.\r\n\n\n\n\r  “Ini adalah perlawanan pertama saya selepas Kejohanan Dunia di London, bulan lalu dan saya gembira dengan corak permainan dipamerkan. Saya sebenarnya hanya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang selain mencari rentak,” katanya sejurus menundukkan lawan itu.  \r\r\n\n\n\n\n  Begitupun, juara dunia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Taufik Hidayat menjadi mangsa pemain pilihan yang kecundang pada hari pertama apabila pilihan kelima itu tunduk kepada pemain Taiwan, Chou Tien Chen 17-21, 21-12, 18-21 dalam tempoh 53 minit.\rTurut melangkah ke pusingan kedua pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong apabila  menundukkan pasangan yang mara dari pusingan kelayakan, Saeki Hiroyuki-Taohat Ryota dari Jepun 21-10, 21-8 dalam tempoh 20 minit.\rPasangan pilihan ketiga itu akan menentang atu lagi beregu dari negara Matahari Terbit pada pusingan kedua hari ini selepas Hirobe Yoshiteru-Kazuno Kenta mara selepas mengetepikan lawan dari Belanda Ruud Bosh-Koen Ridder 21-19, 21-8.\rTurut melangkah ke pusingan kedua pasangan Goh Wei Shem-Lim Khim Wah yang menundukkan gandingan Korea Selatan, Kim Ki Jung-Shin Baek Choel 22-20, 21-19 untuk menentang gandingan Thailand Issara Bodin-Jongjit Maneepong yang menewaskan pasangan Amerika, Howard Bach-Tony Gunawan 21-19, 19-21, 21-18.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050845 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list