|
Tidak hirau apa bentuk cabaran diberi skuad Samurai Biru, malam ini\rWAJAH tenang ketua jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee dan kapten, Khairul Fahmi Che Mat, semalam - kira-kira 24 jam sebelum membuka langkah jelas menceritakan betapa sifat keyakinan tinggi skuad negara berdepan Jepun pada perlawanan pertama saingan peringkat Kumpulan C, kelayakan Olimpik zon Asia di Stadium Tosu, Wilayah Saga di Pulau Kyushu, malam ini.\r\n\n\n\n\r Dengan menampilkan gaya tenang, sekurang-kurangnya Kim Swee dan Khairul Fahmi yang juga penjaga gol utama, sudah melepasi halangan psikologi pertama, apa lagi media Jepun banyak melemparkan soalan mengenai tahap kekuatan barisan dibimbingnya sejak awal tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n “Memang kami mahu tiga mata tetapi kami harus realistik. Jepun adalah pasukan nombor satu Asia manakala kami adalah pasukan ranking paling bawah di kalangan 12 negara pada pusingan ketiga ini.\r“Kami mempunyai gaya permainan sendiri dan sudah bersedia menghadapi cabaran Jepun,” kata Kim Swee pada sidang media itu sebelum membawa anak buahnya menjalani latihan ringan di atas padang Stadium Tosu.\rSifat terus terang juga ditampilkan jurulatih itu yang mengakui pemain negara sudah membiasakan diri dengan keadaan hujan dan cuaca sejuk kira-kira 20 darjah celsius di Saga.\rKim Swee berkata dia tidak menghiraukan apa bentuk cabaran bakal skuad Samurai Biru dibimbing jurulatih Takashi Sekizuka di depan kapasiti 24,000 penonton, malam ini.\r\n\n\n\n\r“Saya bimbangkan skil pemain Jepun kerana mungkin akan ada satu dua pemain mereka boleh membolosi benteng kita. Penyerangnya, (Kensuke) Nagai diakui cukup berbisa,” kata Kim Swee lagi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|