|
SNEK keluaran tempatan, Mister Potato bakal terpampang di skrin paparan digital Stadium Old Trafford selepas termeterainya perjanjian penajaan antara Mamee Double Decker Bhd dan Manchester United, kelmarin.\rPerjanjian itu bakal memperlihatkan jenama snek popular itu dipaparkan bersama beberapa lagi penaja utama seperti Thomas Cook, Turkish Airlines, Singha, Nike, Aon, AudiDHL, Epson, Hublot dan banyak lagi penaja lain bersama pasukan Red Devils untuk tempoh selama tiga tahun.\r\n\n\n\n\r Ketua Pegawai Eksekutif Mamee Double Decker, Datuk Pang Tee Chew berkata, syarikatnya berbangga menjadi jenama snek pertama tempatan yang bakal bergandingan dengan juara bola sepak Inggeris 19 kali itu sekali gus menghangatkan ‘bangku peminat’ MU tempatan dianggarkan lebih lima juta orang itu.\r\r\n\n\n\n\n “Sebagai rakan kongsi kepada Manchester United, kami menawarkan ‘Peluang Terunggul Bersama Man Utd’ kepada peminat bola sepak tempatan termasuk menonton perlawanan membabitkan Manchester United di Old Trafford. \r“Kami juga berpeluang membawa legenda Manchester United ke Malaysia bertemu peminat yang tidak dapat ke United Kingdom. Bola sepak adalah sukan untuk belia dan juga keluarga, dan oleh itu kami berbangga kerana dapat menyediakan semua ini kepada peminat tempatan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|