|
WALAUPUN tidak akan berada di Stadium Tosu, Fukuoka tetapi hanya mampu memberi sokongan daripada jauh, kesetiaan mereka kepada skuad negara tidak boleh dipersoalkan. \rItulah yang boleh digambarkan terhadap kelab Ultras Malaya yang tidak pernah ada rasa jemu menyokong pasukan bola sepak kebangsaan termasuk ketika beraksi di luar negara.\r\n\n\n\n\r Bagi Mohd Azrul Mohd Hussin, 26, dia dan rakan-rakan dalam Ultras mahu melihat kejayaan skuad negara dan tetap akan memberi sokongan walaupun daripada jauh.\r\r\n\n\n\n\n “Kita tidak akan ke Jepun Rabu ini (esok), namun lebih 100 ahli Ultras dari sekitar Lembah Klang akan berkumpul di Restoran Hakim di Seksyen 7, Shah Alam bagi memberi sokongan kepada skuad kita.\r“Saya harap anggota Ultras Malaya di negeri lain juga akan melakukan perkara sama pada hari perlawanan,” katanya ketika dihubungi semalam.\rSkuad Olimpik negara akan bertemu Jepun akan aksi sulung peringkat Kumpulan C kelayakan Olimpik di Stadium Tosu, esok.\rAzrul yang juga salah seorang ‘capo’ (ketua) dalam kumpulan penyokong ini tetap akan menyorak bersama rakan-rakan lain walaupun hanya menerusi siaran langsung di televisyen.\r\n\n\n\n\r“Sokongan kami tetap sama seperti senario dalam stadium.”
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|