|
FELDA United muncul pasukan pertama layak suku akhir Piala Malaysia\rWALAUPUN sekadar seri 1-1 menentang Johor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi tetapi ia sudah memadai buat FELDA United muncul pasukan pertama layak ke suku akhir saingan Piala Malaysia, musim ini.\r\n\n\n\n\r Skuad bimbingan E Elavarasan itu kini sudah menghimpun 10 mata ketika saingan masih berbaki dua perlawanan pada malam yang menyaksikan Kelantan bangkit garang pada 10 minit terakhir membelasah Sarawak 4-0 di di Stadium Sultan Muhammad IV.\r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun, FELDA ketinggalan pada minit ke-38 apabila pelawat mendahului menerusi jaringan Mohamad Izuan Jarudin yang menanduk sepakan percuma rakan sepasukan, Md Khairul Ismail, tetapi tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-67 menerusi Mohd Azrul Ahmad.\rDua gol oleh ketua pasukan, Mohd Badri Mohd Radzi pada minit ke-80 dan 90 serta masing-masing satu gol daripada Norshahrul Idlan Talaha (m-87) dan Daniel Fadzli Abdullah (m-88) membolehkan The Red Warriors memadam episod duka tewas mengejut kepada Felda United 2-0, Rabu lalu. \rHarapan skuad bimbingan Datuk M Karathu untuk bangkit menebus kecewa itu sudah diterjemahkan sejak wisel permulaan ditiupkan apabila terus menguasai saingan dengan melancarkan beberapa serangan bertali arus. \rNamun, tiga peluang terbaik pada minit ke-17, 19 dan 21 menerusi Daudsu Jamaluddin, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha sepatutnya sudah menggamatkan stadium, tetapi rembatan lemah serta tersasar menyaksikan gawang pelawat selamat.\r\n\n\n\n\rKegagalan barisan depan Kelantan menyudahkan beberapa peluang terhidang bagaimanapun ditebus pada 10 minit terakhir apabila mereka meledak dengan empat gol menewaskan penjaga gol pelawat, Aidil Mohamad.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|