|
Kemenangan amat ditagih selepas diselubungi masalah disiplin\rDUNEDIN: Dua try daripada Shontayne Hape dan Chris Ashton membantu kemenangan buat England untuk menewaskan Georgia 41-10 di Stadium, Otago sambil meletakkan barisan didik Martin Johnson itu ke tahap lebih selesa dalam kempen Piala Dunia di New Zealand, semalam.\r\n\n\n\n\r Pemain kelahiran New Zealand, Hape beraksi cemerlang dua kali pada separuh masa pertama buat England, untuk meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan B selepas menundukkan Argentina 13-9 minggu lalu sekalipun terus menghadiahkan banyak penalti kepada lawan.\r\r\n\n\n\n\n Kemenangan ke atas Georgia amat ditagih England yang diselubungi masalah disiplin selepas peristiwa di Queenstown, Ahad lalu yang membawa kepada pertuduhan kepada kapten pasukan, Mike Tindall atas sikapnya di sebuah bar.\r“Kami menjadikan situasi sukar buat kami dan menghadiahkan banyak penalti namun kami kembali dengan enam try,” kata kapten England, Lewis Moody.\r“Permainan yang baik buat Georgia, mereka bermain dengan cukup baik. Ada yang perlu kami perbetulkan namun kamu hanya boleh menang dalam setiap perlawanan dan ia adalah penting buat kamu.”\rKapten Georgia, Irakli Abuseridze berkata ia adalah perlawanan yang cukup sukar malah cukup memeritkan untuk bangkit selepas perlawanan menentang Scotland. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|