CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

LTAM langgar perlembagaan pemilihan exco baru

[Copy link]
Post time 19-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ADAKAH barisan exco Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) diterajui Tan Sri Abdul Razak Latiff masih wujud?\rItulah persoalan yang timbul selepas mesyuarat agung dwitahunan (BGM) badan induk itu di Kuala Lumpur, kelmarin terpaksa dibatalkan  setengah jalan selepas didapati  melanggar perlembagaan ketika agenda pemilihan untuk jawatan exco baru.\r\n\n\n\n\r  Ini kerana senarai nama calon yang bertanding untuk jawatan presiden, tiga naib presiden, setiausaha, bendahari dan penolong bendahari tidak dikemukakan dan dimasukkan dalam senarai agenda BGM dalam tempoh tidak lebih 30 hari seperti disyaratkan dalam perlembagaan 7 2 (b).\r\r\n\n\n\n\n  Naib Presiden Persatuan Lawn Tenis Kuala Lumpur (KLLTA), Ahmad Abdul Jamil yang menghadiri mesyuarat itu mengesahkan mengenai pembatalan mesyuarat itu, tetapi tidak pasti sama ada jawatan exco sedia ada terlucut atau tidak.\r“Berdasarkan perlembagaan 7 2 (a), barisan exco yang dipilih pada setiap BGM hanya layak memegang jawatan sehingga mesyuarat BGM seterusnya,” katanya semalam.\rAbdul Razak memegang jawatan Presiden LTAM sejak 2005 selepas mengambil alih daripada Tan Sri Salehuddin Mohamad.\rAhmad berkata, ahli gabungan kini menyerahkan kepada pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk menentukan sama ada barisan exco sedia ada masih berkuasa atau tidak atau pun melantik satu jawatankuasa protem baru untuk mengendalikan sementara LTAM sehingga BGM baru diadakan semula.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 1.613496 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list