|
NOVAK Djokovic kini boleh dianggap kuasa terbesar baru tenis dunia yang sebelum ini dibayangi Rafael Nadal dan Roger Federer, malah penguasaan pemain Serbia itu dianggap antara yang terhebat pernah disaksikan dalam sejarah sukan berkenaan.\rSelepas menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali Isnin lalu, Djokovic membuktikan tahun ini adalah miliknya selepas sekian lama mengintai dari belakang dua bekas pemain nombor satu dunia Nadal dan Federer- yang sehingga kini belum menemui formula untuk menyekat kemaraannya.\r\n\n\n\n\r Nadal memenangi dua final pertama Terbuka AS ke atas Djokovic, tetapi selepas saat itu, Djokovic memastikan tuah sentiasa menyebelahinya apabila memenangi enam perlawanan berikutnya.\r\r\n\n\n\n\n Keputusan saya sepanjang tahun ini cukup menakjubkan dan di luar jangkaan saya sendiri, kata Djokovic.\rKemenangan Djokovic hadir bukan kerana Nadal tidak beraksi pada prestasi sebenarnya, malah pakar gelanggang tanah liat itu mempamerkan permainan terbaik pada final berkenaan, cuma Djokovic bermain lebih baik.\rEnam kekalahan berturut-turut, sudah tentu ia menyakitkan, kata Nadal yang akur menyaksikan seteru barunya itu menjulang trofi Terbuka AS 2011 berserta cek bernilai AS$2.3 juta (RM6.7 juta) di New York.\rApabila seorang pemain hebat mengekalkan tahap keyakinannya dan memenangi banyak perlawanan, musim sebegitu sudah pasti sukar. Anda perlu menerima hakikat itu, menyahut cabaran dan terus bekerja keras.\r\n\n\n\n\rDjokovic bukan saja melakar musim terbaik buat dirinya, tetapi mungkin yang terbaik dalam sejarah tenis. Dia adalah pemain keenam dalam tempoh 43 tahun memenangi tiga gelaran Grand Slam pada tahun yang sama, serta lima kejuaraan Jelajah Masters Dunia ATP 1000.\rRekod permainan 64-2 semusim dirakam Djokovic juga menyamai kehebatan musim terbaik Federer dan Jimmy Connors, dengan peluang mencecah rekod 82-3 John McEnroe masih dalam jangkauan.\rMcEnroe, ketika diminta mengulas prestasi Djokovic, menganggap pemain itu yang terhebat dalam sejarah. Selepas sekadar bergelar naib juara di Terbuka AS 2007 dan 2010, Djokovic tidak rela kekecewaannya berterusan.\rLima tahun, Nadal terlalu hebat buat Djokovic memenangi 16 daripada 23 pertemuan antara mereka termasuk lima pertembungan final. Kemenangan terakhir Nadal adalah di final Terbuka AS tahun lalu, ketika itu kekuatan mental pemain nombor dua dunia itu jauh mengatasi Djokovic.\rKini keadaan berubah. Dalam enam pertemuan tahun ini, Djokovic menewaskan Nadal dalam semua enam pertemuan, memenangi 14 daripada 17 set antara mereka. Semuanya kerana perubahan ketara mental pemain Serbia itu setiap kali bertemu lawan yang suatu ketika dianggap badi buatnya.\rSaya tidak membuat banyak perubahan pada permainan saya, kata Djokovic. Cuma kali ini saya membuat pukulan yang mungkin tiga tahun lalu saya tidak mampu lakukan. Saya lebih agresif kini.\rAnda boleh kata tahun ini adalah tahun saya di mana saya menampilkan permainan tenis terbaik saya, kata Djokovic yang turut memecah rekod kutipan wang kemenangan tertinggi semusim iaitu AS$10.6 juta (RM31.8).\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|