|
Atlit terap semangat Hari Malaysia sebagai asas kebangkitan sukan negaraSELEPAS beberapa nama besar sukan negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Azizulhasni Awang dan terkini Safee Sali membuktikan kemampuan, atlit lain harus menjadikan semangat Hari Malaysia sebagai asas menggapai misi pingat emas Olimpik pertama di London 2012.\n\n\n\n Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, atlit harus menguatkan azam menyahut cabaran lebih besar, selain mengikis perasaan mudah berpuas hati.\n\n\n\n\n\n “Jadikan Hari Malaysia ini sebagai pembakar semangat dalam melonjakkan prestasi. Mereka harus memanfaatkan setiap peluang dan ruang yang sudah kerajaan berikan dan saya yakin tidak mustahil kita memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Music, Arts and Style International Festival, di Kuala Lumpur, kelmarin.Razali berkata, jika dibandingkan dengan negara lain, Malaysia tidak kalah dalam melahirkan jagoan dunia sejak dulu.“Chong Wei dan Nicol sudah menunjukkan jalan dengan iltizam dan keazaman tinggi. Malah kejayaan berkenaan disusuli dengan kejayaan Azizulhasni dan kini, penyerang bola sepak negara, Safee sedang menjalani ujian dengan sebuah kelab bola sepak di Eropah (Cardiff City).“Kita juga memiliki ramai prospek dalam acara seperti gimnastik, memanah, bowling, karate dan skuad bola sepak juga sedang menunjukkan peningkatan,” katanya sambil turut berterima kasih kepada sokongan padu peminat setia negara.\n\n\n\nMenurutnya, fenomena luar biasa kebanjiran penyokong ke gelanggang setiap kali pasukan kebangsaan beraksi membuktikan peminat sentiasa memberikan harapan dan percaya dengan kemampuan atlit negara.“Lihat saja apabila pasukan bola sepak kebangsaan beraksi, pasti stadium kini sesak dengan ribuan penyokong. Justeru sebagai atlit, mereka harus menghargai sokongan ini dan membalasnya dalam bentuk kemenangan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|