CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4653|Reply: 14

Apa Kriteria Pengetua Cemerlang DG54?

[Copy link]
Post time 16-9-2011 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Saya ingin menanyakan sesuatu kepada yang arif dalam forum bagi ruangan aduan dan pendapat ini. Pengetua di sebuah sekolah di sabah gred dg48 telah memohon jawatan pengetua cemerlang gred dg54. sepanjang menjadi pengetua (lebih kurang dalam 3 tahun), beliau tidak pernah masuk mengajar walaupun ada jadual waktu mengajar. Majoriti hari jumaat beliau tidak akan hadir bertugas dengan alasan urusan di JPN Sabah walhal semua staf sudah tahu yang beliau akan pulang ke kampungnya kerana keluarganya tidak tinggal bersama dengan beliau. Hari isnin (perhiimpunan) kadang-kadang beliau akan lewat datang ke sekolah kerana baru bertolak dari kampung awal paginya. Layakkah guru begini dinaikkan menjadi pengetua cemerlang?
Baru-baru ini Ketua Sektor(KS) JPN telah datang ke sekolah untuk menilai. Persoalannya, apa yang dinilai oleh KS kerana apa yang diperhatikan beliau hanya melihat cover fail-fail yang telah dikumpulkan tanpa melihat isi kandungannya dan meronda kawasan sekolah. Penilaian KS hanya sekitar 45 minit sahaj dan keputusannya, pengetua ini layak untuk dinilai diperingkat seterusnya. Adilkah ini? Kepada forumer-forumer, sudilah apa kiranya memberikan pendapat mengenai masalah ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2011 08:42 PM | Show all posts
Cikgus cikgus or govt sekalian... sila jawab ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 08:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by medangmru at 16-9-2011 20:50

rsnya mcm salah BOD ni..........:re:

tp xper...since nak mintak pendapat...ok jer.....

takder saper ke yg report pasal pengetua ni???tak pun takut nak report
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2011 08:53 PM | Show all posts
maafla kalau tersalah tempat..masih baru lagi..pengetua pernah cakap, kalau dia jatuh, cikgu-cikgu juga akan merasa..kena pula selepas ini penilaian untuk kenaikkan gaji pengetua yang lakukan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 09:32 PM | Show all posts
aku suka menjawab soalan2 ni.

beliau tidak pernah masuk mengajar


saudara pengetua atau pengarah bg mn2 ipt mmg x mengajar.mereka direservekan utk buat keje2 management di peringkat jabatan.kalo mereka mengajar, abis cikgu2 yg sedia ada nak buat apa plk?jd bos?

Majoriti hari jumaat beliau tidak akan hadir bertugas

x semestinya org yg dtg keje hari2 termasuk sabtu dan ahad layak dianggap pekerja cemerlang.so ni la guna penolong kanan.bila bos cuti, 2nd bos akan memangku kerja2 bos.bnd ni biasa.mahathir pun pernah cuti sebulan dulu.

Hari isnin (perhiimpunan) kadang-kadang beliau akan lewat datang ke sekolah

kadang2 means bukan selalu kan?nama pun manusia kawan.not perfect.kalo sekali 2 lewat ke pejabat tu pun perkara biasa.

usah lah dirisaukan org yg naik jd pengetua cemerlang tu sbb dlm gov, bila seseorang tu dinaikkan pangkat bukan semata2 sbb dia bagus, tp sbb dia berada dlm kumpulan yg bagus di mana anak2 buahnya semua berfungsi dan bekerja dgn cemerlang.kalo dia sorang bagus tp anak buahnya x bagus x kemana jgk dia.dah rezeki dia, terima je la..

aku pun pernah tgk ada org yg kerja bagus tp x naik2 jgk dpt anugerah cemerlang?why?buat kerja bos x nmpk, x pndi bodek bos.ite normal.kalo buat keja ikhlas ada la dtg rezeki yg x disangka2 nanti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 09:35 PM | Show all posts
gulingkan pengetua camni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2011 11:12 PM | Show all posts
Pengetua itu cemerlang sebab walaupun beliau selalu balik awal dan datang lambat, kerja2 beliau siap dengan jayanya...
kerja2 tu la yg dinilai oleh KS...bukan kehadiran beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 08:48 AM | Show all posts
mcm pengetua tmpt owang umah den je ni..adakah pengetua itu berada di daerah "" berhampiran area key key?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2011 07:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by snipper at 17-9-2011 19:43

Reply 5# otai_g


  •    Untuk pengetahuan, seorang pengetua sekolah maksimum waktu mengajar ialah 5 waktu..dia tak ada waktu mengajar langsung tahun ni..tahun 2009 dan 2010 langsung tak pernah masuk sekolah..
  • kalau dia tak datang sekolah pada hari jumaat tapi ambil cuti, or ang lain tak kisah..masalahnya dia tak datang sekolah tanpa cuti..alasannya ada urusan di JPN..walhal balik kampung..cuti langsung tak terusik..bila ditanya urusan di JPN bukan kena ada surat rasmi ka, dia jawab urusan dia tak perlukan surat rasmi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 08:53 PM | Show all posts
Reply 9# snipper

kalo anda masih x puas hati dgn pengetua tersebut sila lah lapor kepada pejabat penddikan yg terdekat.itu cr yg terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 11:33 PM | Show all posts
Reply 6# Alf_Ramsey


sokong!!!!
diorg nk cemerlang, tp hampeh x dtg keje.
uols igt pengetua ni smuenye rajin ke???
lg nk pencen, lg mls tau x!!!!!!
sdp2 dpt cemerlang atas usaha dan desakan ke ats org bwhn!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 11:35 PM | Show all posts
maafla kalau tersalah tempat..masih baru lagi..pengetua pernah cakap, kalau dia jatuh, cikgu-cikgu j ...
snipper Post at 16-9-2011 20:53


pedulik hape dgn ugutan cmni!!!!
ko jtuh sorg2, ko bgunlh sndiri!
pe kes plak nk babitkn guru2 lain??!!!!!!
ello!!!!!if pgetua tu keje bagus, anak buah msti sokong pengtua tu dpt cemerlang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 12:24 PM | Show all posts
apalagi repot sahaja dgn ppd berdekatan anda...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 11:34 PM | Show all posts
Reply  Alf_Ramsey


sokong!!!!
diorg nk cemerlang, tp hampeh x dtg keje.
uols igt pengetua ni  ...
im_cyclist Post at 17-9-2011 23:33


mmg la bukan semua pengetua yg rajin.
bukan pengetua saja apa jawatan lain pun sama...

kadang2 cikgu sendiri pun ntah apa2.x dedikasi terhadap murid, ponteng kelas dan sebagainya..

pd sy kekuatan organisasi bermula drp individu.kalo ketuanya bagus, tp org dlm team tu x bagus x berjaya jgk sudahnya.

so cek la diri kita dulu b4 mengatakan yg org lain x bagus
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:32 AM | Show all posts
Reply 9# snipper


   
jwpn dr aku yg bukan cikgu...



bg aku, pengetua yg cemerlang, adalah, yg blh bangunkan sekolah yg kecil,  murid2 @ pelajar2nye yg kekampungan, duk kat ceruk2 pedalaman..then pengetua tu dpt bangunkan sekolah tu, hingga 1 msia kenal sekolah tu dgn kecemerlangan akademik dan kegiatan ko kurikulum lain...tu baru dikatakan cemerlang...bg aku lah...


jgn nilai org lain hya pd pdgn mata kasar..bkn utk cikgu jek..pd semua2 yg bekerja..tk perlu mencari silap org lain..pnh tk kita renungkan diri kita? sudah cemerlangkah kita mbuat keje2 yg diberikan oleh majikan? kita pun manusia biasa, bkn nye robot yg kene keje 24 jam..kdg2, kita pun ngelat jugak kn..tgk fb @ forum time keje..alasan yg kita bagi, sbb ada waktu senggang, tgk jap utk rehat2kan mata..maybe dia pun ada alasan sdiri..tp kita tk pnh nk amik tahu..


mna kita thu, ntah2 mlm2 dia dtg sekolah, buat keje..ataupun duk kt umah, bhempas pulas memikir idea dan keringat cmne nk cemerlangkan sekolah tu...ye dok??


cmne ko blh thu semua prestasi pengetua tu ek..dtg kelas beberapa hari jek tuk thn 2010?,,ko kerani ke kt situ..maaf nk ckpla, aku rs, ko dh bukak aib dia..tp ko tk bape nk sedar kn? tul tk? sorry ye kalo ada tguris kata yg kurg menyenangkan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.116807 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list