|
\"KAMI masih memiliki beberapa pilihan menyelesaikan kemelut ini dan jika masih buntu lagi, kami tiada pilihan selain membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan,\" demikian tegas pasangan kelab profesional KLRC, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen, semalam.\rKenyataan itu menjelaskan kemelut pasangan itu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) belum selesai dan ia jelas bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perundangan dan Alternatif Penyelesaian Masalah Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Roy Rajasingham, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Ia juga membuktikan MOM gagal menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut itu menerusi Majlis Timbang Tara yang ditubuhkan. \r\r\n\n\n\n\n “Apa yang kami dan BAM persetujui semalam (kelmarin) hanya kedua-dua pihak pada bila-bila masa bersedia mengadakan rundingan, selain kami akan terus dibenarkan beraksi selaku pasangan profesional. Bagaimanapun, beberapa tuntutan yang kami buat belum ada persetujuan,” kata Teik Chai.\rKemelut Teik Chai-Bin Shen dan BAM bermula apabila badan induk itu tidak menyenaraikan mereka beraksi dalam Kejohanan Dunia walaupun layak secara merit. Sebaliknya, tempat mereka digantikan dengan beregu yang bernaung bawah BAM, Zakry Latif-Hoon Thien How.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|