|
Terengganu tersungkur di Paroi\rNEGERI Sembilan sudah mula memberi isyarat betapa mereka kini muncul selaku ancaman terbaru memburu mahkota kejuaraan Piala Malaysia, musim ini.\r\n\n\n\n\rMalam tadi, anak didik Azraai Khor Abdullah merakamkan kemenangan penting menewaskan juara baru Piala FA, Terengganu 1-0 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hasil jaringan tunggal Shahurain Abu Samah yang menolak masuk pada minit ke 64.\r\r\n\n\n\n\nDalam perlawanan lain, Selangor juga dihimpit masalah apabila sekadar seri 0-0 ketika menentang Kuala Lumpur manakala Perak terus menyambung rentak hebat menewaskan bekas juara Kedah, 2-1 di Ipoh.\rPada awal minit perlawanan, Negeri Sembilan lebih me?nguasai perlawanan apabila hampir mendahului seawal minit ke-11, namun tendangan Hairuddin Omar tepat ke dakapan, Mohd Sharbinee Allawe.\rPada minit ke 28, penyerang berpengalaman itu sekali lagi terlepas peluang menjaringkan gol apabila gagal menolak masuk bola ke gawang selepas cemerlang memperdayakan pertahanan Terengganu diketuai Marzuki Yusoff.\rLangkah jurulatih, Azraai Khor menggandingkan Hairuddin, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Firdaus Azizul di barisan depan tampak berkesan apabila berjaya menembusi gawang Terengganu menerusi Shahurain yang menolak masuk pada minit ke 64.\r\n\n\n\n\rSementara itu, satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan PKNS berjaya mengutip mata penuh mengetepikan sai璶gan Sime Darby 1-0 menerusi jaringan P Rajesh pada minit kesembilan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|