CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9799|Reply: 12

isu talian penghantaran voltan tinggi TNB di tanah milik persendirian

[Copy link]
Post time 13-9-2011 09:17 AM | Show all posts |Read mode
salam buat semua..

saya ada 1 kes nak minta tolong. cuba nak bantu pakcik ni. kawan ayah saya dikampong.

pakcik ni terima surat notis dari tnb suruh berhentikan kegiatan didalam/bersebelahan rezab talian penghantaran voltan tinggi tnb.
dalam surat tuh tnb katanya kegiatan itu akan merbahayakan talian mereka /alat2 mereka juga bahaya kepada orang/haiwan yang berada dibawah talian tersebut.
pihak tnb minta pakcik itu berjumpa pengurus senggaraan aset terserbut.

faktanya:
pakcik itu adalah pemilik sah tanah itu. geran kekal pun dah dapat. status tanah pertanian. pakcik tu tanam mcm2 pokok dan sedikit bela ternakan sebagai sampingan jerk.

pakcik ni dah jumpa org tnb. dan buktikan yang tanah itu milik dia.
lepas jumpa, tnb terus senyap.


mungkin:
tnb dah ikut prosedur , kena periksa kat pejabat tanah, mana2 laluan dia nak buat kerja tu, dan pejabat tanah kata tak ada pemilik masa itu.
mungkin ada terlepas pandang sana sini dan kesilapan mana2 individu dipejabat tanah atau pihak tnb itu sendiri.

masalahnya:
pakcik ini rasa seperti dianiayai dan ditindas.
pakcik ni nak kan hak dia. nak tuntut pampasan atau apa2 gantirugi.
ada sesiapa tahu cara, dan boleh bantu?

saya dah baca akta / pekeliling.
akta bekalan elektrik 1990 ( akta 447)
1.1.2 bayaran pampasan bagi kerugian terhadap tanaman, bangunan dan tanah yang terlibat dgn talian elektrik dibawah seksyen 16 akta yg sama.

so, apa nasihat dan pendapat kawan2 semua?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 10:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by Addictedroxy at 13-9-2011 10:50

1- Memang bahaya jika terdapat orang/haiwan/bangunan yang berada dibawah/berhmpiran talian tersebut. Mengikut Akta jarak selamat atau kelegaan diantara konduktor talian dengan bangunan atau struktur lain bagi voltan rendah ialah 2134 milimeter ( peraturan 42,subperaturan (c)(d) manakala untuk talian aerila voltan tinggi dan amat tinggi jarak kelegaan antara bangunan atau struktur dengan talian aerial ialah 4.57 meter (peraturan 43,subperaturan(i)(j).

Pencawang ni sangat bahaya kepada manusia dan haiwan disebabkan gelombang elektromagnet (EMF-Electromagnet field), jadi elakan dri berdekatan dgn pencawang.


2-Untk kes ni, memang TNB ada hak untuk pasang pencawang TNB mengikut seksyen. (Tak yah tulis pasal seksyen/akta la ye, sbb tujuan utama nak pampasan kan?)

Selalu nye sebelum pasang pencawang, TNB pusat pembahagian akan jumpa tuan tanah/pejabat tanah sama ada dia akan ambik aka beli tanah tu dengan peruntukan 50% dari harga asal ataupun membayar pampasan secara tahunan.

3-So untuk mendapatkan cara bagaimana nak claims pampasan, ada baiknye pegi TNB pusat pembahagian minta penjelasan dan dapatkan claims itu kalo tak jalan awak boley terus direct ke TNB HQ bangsar.


**Tapi selalunye orang lepas dapat pampasan akan lagi bising sbb pampasan dia xbyk mana ponnn. Contohnya 1 ekar lebih kurang (plus minus) RM2500 SETAHUN..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 10:33 AM | Show all posts
Sepatutya memang mcm tu kalo tanah tu ada tuan nye, setiap kaki persegi tanah tu akan diberi wang, t ...
Addictedroxy Post at 13-9-2011 10:15



    geran sementara tahun 1990, geran kekal dapat 1994
tnb katanya, dah mula pasang tahun 1990. sebelum tu dia dah buat servey kat jabat tanah, tiada pemilik.
hakikatnya, pajabat tanah juga dah luluskan tanah tu pada pakcik tuh ( tanah skim pencen )

terima kasih kerana reply.
akan cuba cari email dia nanti. tq
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 10:53 AM | Show all posts
Reply 3# sitihawa


    Hee, sya dah try edit post tadi sebaik mungkin harap awak jelas ok? Mungkin terdapat misunderstanding dri pejabat tanah, rasanya TNB dah deal dengan pejabat tanah dan byr 50%. Try tanya TNB mintak penjelasan okey?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 10:53 AM | Show all posts
tuan tanah ada 'locus standi' untukmembuat tuntutan dan pemakain undang2 hak asasi adalah terpakai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 11:01 AM | Show all posts
tuan tanah ada 'locus standi' untukmembuat tuntutan dan pemakain undang2 hak asasi adalah terpakai : ...
md.jie Post at 13-9-2011 10:53



    memang ada hak, ikut akta. tapi tak semudah itu.
   kena tanya nasihat pakar juga kan.

tq reply
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2011 11:08 AM | Show all posts
Reply  sitihawa


    Hee, sya dah try edit post tadi sebaik mungkin harap awak jelas ok? Mungki ...
Addictedroxy Post at 13-9-2011 10:53



    okay, dah baca. tq dan mmg betul.
tnb pun buat kerja ikut prosedur dia ikut akta . tnb akan periksa kat jabat tanah dulu, kalau ada tuan tanah, dia akan jumpa dan bincang dan minta kebenaran dan bayar pampasan.
masalahnya disini, tnb dapat info salah ke, atau bertindih ke , atau silap mana ntah,
tanah tu bukan tak bertuan, ada tuannya. dan talian dah pun terpasang. tnb dah hantar notis larangan dan bahaya jalankan aktiviti di tanah bawah laluan talian nya. sedangkan tanah tu ada pemiliknya.

so, disini pakcik pemilik tanah pasti mangsa disini. tanah dia bercucuk tanam, menternak dan mcm2. so, hari2 pakcik ni buat kerja kat tanah nya dibawah talian voltan tinggi tu. pakcik tu tak tahu bahaya dan kesannya selepas terima surat notis cari tnb. pasti tuan tanah pelik, dia diberi amaran buat kerja ditanah dia sendiri?
mungkin time itu tnb tak tahu yg tanah tu ada pemiliknya. so, benda dah berlaku.
pakcik tu wajar diberi pampasan .
tapi apa cara selesaian?
tnb nak bayar sewa tanah pakcik tu ke? camno?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 11:31 AM | Show all posts
Okey, pertama pegi TNB pengagihan. Minta penjelasan kenapa pencawang mesti dipasang diatas tanah yang bertuan, dan tiada persetujuan diantara Tuan tanah dengan TNB,seharusnya sebelum pasang mesti ada surat akuan atau surat janji.

Dengar penjelasan dia.

Selalu TNB xde istilah sewa tapi pampasan! Pampasan dibayar setahun sekali bukan ikut bulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 11:32 AM | Show all posts
Dah jumpa update dekat sini tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2011 11:40 AM | Show all posts
baru nak jumpa seorang member tu. hubby dia kerja tnb, nak cuba tanya pendapat dia dan kot2 dia tahu cara dan senarionya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 04:13 PM | Show all posts
hubby dia keja tnb mana? kalo dapat tnb pengagihan lagi baguss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2011 04:17 PM | Show all posts
hubby dia keja tnb mana?  kalo dapat tnb pengagihan lagi baguss
Addictedroxy Post at 15-9-2011 16:13



    hubby dia keje kedai tnb rasanya . kot2 dia ada member kat pengagihan ke kan
dah ada member nak kenalkan loyer . tapi saya kata biar dulu. setel2 dan bincang baik2 dulu kan. kalo tak jalan juga baru guna loyer. betul tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2011 01:48 PM | Show all posts
terima kasih semua bagi reply dan tq mod, bagi tacang

dah jumpa member tnb tuh semalam. dia pun bukan bahagian penghantaran tuh,. tapi dia janji nak cuba tolong dan tanya member2 dia yang kerja bahagian berkenaan.
aku doakan akan ada perkembangan baik dan nasib pakcik tu terbela kan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 1.634359 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list