View: 120|Reply: 0
|
Axiata antara 50 firma terbaik Asia
[Copy link]
|
|
Syarikat Malaysia tunggal dalam senarai Forbes Asia\rAXIATA Group Bhd muncul syarikat Malaysia tunggal dalam Forbes Asia Fab 50 yang menyenaraikan 50 firma senaraian awam terbaik di rantau ini.\r\n\n\n\n\r Syarikat berkenaan dipilih daripada sekumpulan 1,073 firma senaraian awam yang beroperasi di seluruh Asia.\r\r\n\n\n\n\n Antara kriteria pemilihan ialah syarikat berkenaan perlu mempunyai pendapatan atau permodalan pasaran sekurang-kurangnya AS$3 bilion (RM9.1 bilion) dan mempunyai rekod baik selama lima tahun dari segi pendapatan, pulangan modal, keputusan kewangan, pergerakan harga saham dan tinjauan perniagaan.\rSyarikat berkenaan juga mestilah tidak mempunyai hutang terlalu besar atau kerajaan memiliki lebih separuh daripada sahamnya.\rKali terakhir firma negara ini masuk dalam senarai Forbes Asia Fab 50 itu ialah pada 2008, menerusi IOI Corporation Bhd.\rSementara itu, di kalangan negara ASEAN lain, Indonesia dan Thailand masing-masing mempunyai dua syarikat dalam senarai itu, manakala Singapura dan Filipina pula masing-masing mempunyai sebuah syarikat.\r\n\n\n\n\rChina menguasai senarai itu tahun ini apabila 23 syarikatnya terdapat dalam senarai Forbes Asia Fab 50 itu berbanding hanya 16 syarikat tahun lalu.\rForbes Asia Fab 50, iaitu keluaran khas terkini majalah Forbes Asia menyenaraikan Axiata dalam senarai berkenaan selepas jualannya meningkat tiga kali ganda.\rPenganalisis berkata, langkah kumpulan itu meneroka pasaran baru di luar negara, khususnya di pasaran yang kurang tepu seperti India, Indonesia, Bangladesh adalah tindakan perniagaan bijak yang dilaksanakan oleh Axiata.\rAxiata yang sebelum ini dikenali sebagai TM International Bhd (TMI), iaitu iaitu syarikat induk kepada Celcom Axiata Bhd turut mempunyai kepentingan majoriti pengendali mudah alih di Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh dan Kemboja dengan kepentingan strategik di India, Singapura dan Iran.\rTahun lalu ia meraih keuntungan sebelum cukai RM3.2 bilion dengan pendapatan berjumlah RM15.62 bilion.\rPengerusi dan Ketua Pengarang Forbes Media, Steve Forbes ketika mengulas pemilihan Axiata dalam senarai Forbes Asia Fab 50 berkata, ia membuktikan kedudukan kukuh ekonomi Malaysia dalam menyokong pertumbuhan firma tempatan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|