CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62|Reply: 0

Webber yakin bergelar juara semula

[Copy link]
Post time 11-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Berada pada posisi kedua pemandu, 92 mata di belakang rakan sepasukan, VettelMESKIPUN gagal meraih kemenangan pada 12 perlumbaan awal musim ini, Mark Webber tetap berbangga dengan pencapaiannya setakat ini tahun ini dan percaya kemarau kemenangannya akan berakhir tidak lama lagi.\rWebber kini menduduki tempat kedua kategori pelumba tetapi 92 mata di belakang rakan sepasukan Red Bull, Sebastian Vettel. \r\n\n\n\n\r  Dia bermula perlahan pada awal musim, dengan hanya berjaya menempatkan diri di podium dua kali selepas enam perlumbaan - lima daripadanya dimenangi Vettel, tetapi ketika memasuki baki separuh lagi musim, dia berjaya menaiki podium lima kali. \r\r\n\n\n\n\n  \"Memang mengecewakan kerana saya belum memenangi perlumbaan tahun ini tetapi saya pasti kekecewaan itu akan berakhir menjelang penghujung tahun. Saya yakin mengenainya,\" katanya.\r\"Saya juga perlu cergas, kuat dan konsisten yang bukannya sesuatu yang mudah. Terdapat banyak ruang untuk kesilapan tetapi saya sudah melakukan sesuatu yang saya patut berbangga dengannya tahun ini tetapi hanya kemenangan saja yang belum dicapai. \rSecara jujur, saya tidak begitu memberi fokus kepadanya. Seperti anda tahu di Nurburgring dulu. Kejayaan dicapai ketika anda tidak menjangkanya. Jika kemenangan dicapai hujung minggu ini (hari ini), ia adalah permulaan baik lebih-lebih lagi memulakannya di Monza,\" kata pelumba Australia itu.\rBerdasarkan beberapa Grand Prix Itali lalu, Red Bull berdepan kesukaran mencipta kejayaan dan hujung minggu ini juga dijangka tidak akan dapat membuat penguasaan sebagaimana dilakukan di litar lain musim ini. Begitupun Webber berkata pasukannya mendapat rangsangan hasil kejayaan satu-dua di Spa-Francorchamps dua minggu lalu.\r\n\n\n\n\rKejayaan di Spa memberikan kita sedikit keyakinan. Kita lebih sedikit kompetitif pada sektor pertama dan sektor terakhir di Spa yang secara kebiasaannya sukar kita lakukan. Litar di sini memang lebih laju tetapi ia menuntut pemanduan yang berbeza daripada Spa daripada segi profil selekoh. \rJadi kita mempunyai sedikit keyakinan selepas Spa tetapi kita datang ke sini bukan memikirkan kita berada dalam prestasi terbaik. Kita kompetitif. Sekali lagi Ferrari dan McLaren akan juga pantas, jadi Spa hanya memberikan kita sedikit keyakinan untuk datang ke litar ini dan mungkin melakukan yang lebih baik daripada yang  kita boleh lakukan - jika Monza adalah litar pertama, kita mungkin akan gementar.\" \rKatanya, prestasi pasukan-pasukan yang menduduki tempat teratas musim lalu tidak semuanya berterusan ke musim ini dan mereka tidak mencatat keputusan serupa.\r\"Kita tewas di litar yang sepatutnya kita menang, katanya. \"Fernando (Alonso) menguasai Silverstone, jadi sedikit berbeza tahun ini, itulah yang berlaku. Kita berharap perkara sama berlaku lagi di sini dan kita lebih pantas dan kompetitif dan prestasi diterjemahkan di litar untuk mencapai keputusan lebih baik.\" - Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.047882 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list