|
DI sebalik kecederaan paru-paru yang dialami ketika menentang Kanada di Sukan Universiti Dunia (Universiade), di Shenzen, China baru-baru ini, penjaga gol muda negara Norhadi Ubaidillah masih bersemangat untuk turun beraksi membantu Kelantan dalam saingan Piala Malaysia yang bermula Selasa depan.\rSemangat anak kelahiran Bachok, Kelantan ini mungkin bertambah selepas menyaksikan The Red Warriors mengalami masalah kekurangan penjaga gol selepas Khairul Fahmi Che Mat tidak dilepaskan oleh pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee.\r\n\n\n\n\r Ekoran ketiadaan Khairul Fahmi, Kelantan kini hanya bergantung kepada Shahrizan Ismail selepas Norhadi dan penjaga gol veteran, Halim Napi turut mengalami kecederaan.\r\r\n\n\n\n\n “Saya masih berharap kecederaan yang dialami ketika menentang Kanada lalu dapat pulih dengan cepat bagi membantu Kelantan untuk mengekalkan trofi kejuaraan,” kata Norhadi yang merupakan penjaga gol ketiga Kelantan musim ini.\rNorhadi kini berehat di rumah selepas mengalami kecederaan yang dialami ketika bertembung dengan penyerang Kanada dalam perlawanan penentuan tempat ke sembilan dan 10 kejohanan Universiade yang menyaksikan skuad negara tewas 1-5.\rKatanya, dia dinasihatkan supaya berehat sekurang-kurangnya dua bulan namun tetap mahu melihat kejayaan Kelantan mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.\r“Andai kecederaan yang dialami tidak pulih dalam tempoh terdekat, saya mendoakan kejayaan pasukan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|