|
Nafi Felix raih kemenangan keempat berturut-turut\rDAEGU: Juara Olimpik dua kali dari Jamaica, Veronica Campbell-Brown mencatat kemenangan dalam acara 200 meter wanita semalam, menafikan pelari Amerika Syarikat, Allyson Felix daripada mencatat kejayaan bersejarah meraih kemenangan keempat berturut-turut di Kejohanan Dunia.\r\n\n\n\n\r Veronica meluru pantas dari blok permulaan dan walaupun Carmelita Jeter berusaha keras untuk menang, pelari Jamaica itu menemui rentak tambahan diperlukan untuk melintasi dahulu garisan penamat dengan catatan terbaik musim ini, 22.22 saat.\r\r\n\n\n\n\n Carmelita yang berusaha mencatat kemenangan berganda selepas memenangi acara 100m di Kejohanan Dunia di Korea Selatan itu, meraih perak dengan catatan 22.37s dan Felix terpaksa berpuas hati dengan gangsa mencatat 22.42s.\rCampbell yang menduduki tempat kedua di belakang Carmelita dalam final 100m, memenangi emas Olimpik acara 200m pada 2004 dan 2008. Dia meraih perak pada Kejohanan Dunia 2007 dan 2009.\r“Saya tidak kecewa, saya berasa amat gembira,” kata Carmelita. “Siapa sangka saya akan menang pingat 200m. Saya sangat gembira.\r“Veronica berlari hebat. Saya cuba kejar tapi dia satu langkah depan saya. Untuk London 2012, saya bercita-cita meraih kemenangan berganda.” - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|