|
Bantu Barcelona julang Piala Super UEFA atasi FC Porto\rMONACO: Cesc Fabregas menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan kompetitif untuk Barcelona tatkala juara Eropah itu menewaskan Porto 2-0 dan menjuarai Piala Super Eropah, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Fabregas yang berpindah dari Arsenal dengan bayaran 29 juta euro (RM125.5 juta) awal bulan ini, menjaringkan gol dua minit sebelum permainan tamat selepas dimasukkan sebagai pemain gantian lapan minit sebelum itu.\r\r\n\n\n\n\n Terdahulu Lionel Messi meletakkan Barcelona di depan pada minit ke-39 dan membolehkan gergasi Sepanyol itu menambah kejohanan Piala Super Eropah itu selepas kejuaraan Piala Super Sepanyol yang dimenangi minggu lalu.\rPorto, juara Liga Europa musim lalu, menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain selepas Jorge Rolando dan Fredy Guarin dilayangkan kad merah pada lewat perlawanan.\rGol Fabregas itu adalah jaringan cantik yang bakal diingati selepas Messi melambungkan bola melewati satu barisan pertahanan dan menemui Fabregas yang dengan tenang mengawalnya menerusi tampanan dada sebelum meledakkan rembatan voli menewaskan Helton di pintu gol Porto.\rIa adalah gol pertama Fabregas sejak menjaringkan gol untuk Arsenal ketika menentang Huddersfield dalam saingan Piala FA, Januari lalu.\r\n\n\n\n\r“Terima kasih semua atas sokongan hebat. Semua yang saya boleh ingat ketika ini ialah apa yang Arsenal sudah lakukan untuk karier saya. Ia sentiasa dalam hati,” tulis Fabregas di laman Twitter selepas Barcelona memenangi Piala Super itu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|