|
Drogba dipercayai pengsan alami cedera serius\rLONDON: Chelsea memerlukan jaringan lewat permainan untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas barisan 10 pemain Norwich City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi yang dicemari insiden kecederaan serius Didier Drogba di Stamford Bridge.\r\n\n\n\n\r Tiga mata penting itu membolehkan skuad Andre Villas-Boas melonjak ke tangga teratas, mengatasi Wolves yang seri tanpa jaringan dengan Aston Villa, menerusi perbezaan gol.\r\r\n\n\n\n\n Pendatang baru EPL, Norwich mengikat kedudukan 1-1 apabila Grant Holt menghukum kesilapan penjaga gol Blues, Hilario pada minit ke-62 untuk memadam jaringan awal Bosingwa pada minit ke-6.\rBegitupun, Drogba terpaksa diusung keluar apabila terjatuh akibat pelanggaran dengan penjaga gol Norwich, John Ruddy hingga mencemaskan penyokong tetapi Frank Lampard memastikan kemenangan kali kedua Chelsea menerusi sepakan penalti lapan minit sebelum tamat dan pemain baru dari Valencia, Juan Mata memastikan satu gol pada minit terakhir.\rEverton pula mencatat kemenangan pertamanya selepas menewaskan Blackburn Rovers 1-0 di gelanggang lawan selepas pemain tuan rumah Junior Hoilett dan Mauro Formica masing-masing gagal menyempurnakan dua sepakan penalti sebelum Mikel Arteta menyempurnakan penalti ketika masa kecederaan.\rPendatang baru, Swansea masih menanti gol pertama dalam EPL selepas terikat tanpa jaringan dengan Sunderland, manakala Wolves terus mengekalkan permulaan menarik apabila seri 0-0 dengan tetangga Aston Villa.\r\n\n\n\n\rAnak buah Mick McCarthy memenangi dua perlawanan pembukaan menentang Blackburn dan Fulham dan mempamerkan aksi mantap untuk mengekang Villa dalam perlawanan tetangga yang sengit itu.\rWigan juga mengekalkan rekod tanpa kalah apabila dua gol menarik penyerang Argentina, Franco Di Santo membolehkan mereka menang 2-0 ke atas satu lagi pendatang baru EPL, Queens Park Rangers.\rDi Santo menyumbat gol ketiga peribadinya sejak berpindah dari Chelsea dengan yuran 2 juta pound (RM9.72 juta) Ogos lalu dengan menjaringkan gol pada setiap babak untuk memberikan Wigan kemenangan musim ini selepas dua seri. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|